Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disertai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasukan itu disertai oleh wakil dan kaum yang berbagai-bagai yang bermastautin di Malaysia. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQPasukan itu disertai oleh wakil daripada pelbagai kaum yang bermastautin di Malaysia. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Bagaimanapula dengan ayat di bawah ini? Lawatan ke Putrajaya disertai hampir setengah wanita dari Kampung Pandan.

Saudara,

Ayat yang lebih sempurna ialah : Lawatan ke Putrajaya disertai oleh hampir sebahagian daripada wanita dari Kampung Pandan.  

Tatabahasa12.08.2010
Iman selalu memperoleh hadiah ( dari / daripada) peraduan yang disertai di sebuah (pasar raya/ pasaraya) . yang manakah pilihan yang betul dalam kurungan. terima kasihImam selalu memperoleh hadiah daripada peraduan yang disertai di sebuah pasar raya.  Sila rujuk laman prpm.gov.my untuk keterangan lanjut.Tatabahasa16.01.2013
Selamat sejahtera, Acara itu disertai oleh kanak-kanak pelbagai kaum daripada/dari taman didikan kanak-kanak atau tadika.(Bagi saya kata sendi nama yang betul "dari" kerana merupakan tempat. Jawapan yang diberikan oleh Encik Mat Ariffin bin Ismail ,"daripada".Ayat yang betul ialah “Acara itu disertai oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dari taman didikan kanak-kanak atau tadika”. Dalam ayat tersebut, kata sendi “dari” digunakan kerana taman didikan kanak-kanak atau tadika merujuk tempat.Tatabahasa14.10.2022
Betul atau salah pembinaan ayat seperti berikut: Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita. Adakah kedua-dua kata kerja transitif tersebut (memberikan dan menyampaikan) perlu disertai objek/penyambut ataupun kata kerja Transitif kedua sahaja perlu disertai objek?Tolong jelaskan.Setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Isunya di sini ialah dua ayat yang digabung menjadi satu, iaitu Guru memberikan ilmu kepada kita dan Guru menyampaikan ilmu kepada kita digabungkan menjadi Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita.Tatabahasa26.02.2012
Ayat di bawah ini jenis ayat perintah apa? Usahkan kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai sebaliknya kita perlu berusaha gigih.Ayat tersebut merupakan ayat perintah larangan. Akan tetapi, ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih tepat: Usah kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai, sebaliknya kita perlu berusaha dengan lebih gigih.Tatabahasa28.09.2015
apakah fungsi frasa kerjaKata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja menyatakan makna perbuatan atau perlakuan, dan dapat disertai kata nafi 'tidak'.Tatabahasa14.03.2008
Tuan, perkataan 'merujuk', adakah perlu disertai kata sendi nama 'kepada' menjadi 'merujuk kepada kamus'. Sekian, terima kasih.Frasa yang gramatis ialah merujuk ... seperti "merujuk perkara yang tersebut di atas" atau "merujuk kamus ...".  Tatabahasa Dewan menerima frasa "merujuk perkara yang tersebut di atas" sebagai gramatis kerana merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara yang tersebut di atas. Walau bagaimanpun frasa "merujuk kepada perkara yang tersebut di atas" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa27.11.2012
Kemusykilan mana yang betul nak guna dari atau daripada untuk ayat di bawah : Untuk makluman tuan juga, lawatan ini akan disertai oleh 30 orang pekerja awam dari/daripad pelbagai agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.Penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - Untuk makluman tuan juga, lawatan ini akan disertai oleh 30 orang pekerja awam daripad pelbagai agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.Tatabahasa10.02.2011
Salam sejahtera. Panggilan "TENGKU" yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai "Tengku" atau "tengku"? --- Contoh ayat yang mana yang betul? "Terima kasih, tengku." / "Terima kasih, Tengku."

Gelaran Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu utntuk anak raja atau untuk orang-orang yang ber­keturunan raja. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang betul ialah “Terima kasih Tengku”

Lain-lain06.06.2020
12345678910

Kembali ke atas