Disertakan pada lampiran | Waalaikumsalam, Untuk makluman pihak Tuan/Puan, pihak DBP ridak menjalankan fungsi penterjemahan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2020 |
Disertakan lampiran merujuk kepada soalan mengenai istilah Big Data | Istilah yang dicadangkan ialah Data Besar | Istilah | 18.06.2014 |
Bersama ini disertakan sekali nama jabatan di dalam Bahasa Inggeris, saya ingin meminta kerjasama dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan nama jawatan tersebut di dalam Bahasa Melayu yang betul Compliance and Risk Management | Kami mencadangkan frasa Compliance and Risk Management diterjemahkan kepada Pengurusan Pematuhan dan Risiko. | Lain-lain | 06.01.2014 |
permohonan hendaklah disertakan dengan kad pengenalan | Ayat ini kurang tepat, perlu dinyatakan jenis permohonan dan lazimnya hanya nombor atau salinan kad pengenalan yang diperlukan. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
•Disertakan ayat contoh, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. ATAU •Disertakan contoh ayat, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun frasa "ayat contoh" lebih banyak digunakan kini kerana ayat itu yang dijadikan contoh sama seperti frasa "rumah contoh". | Tatabahasa | 06.06.2012 |
Tuan, Mohon semakan tatabahasa di atas dokumen yang disertakan. Sekian. terima kasih | Disertakan dokumen yang telah disemak. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.06.2016 |
Mohon semakan DBP sama ada terdapat kesilapan penggunaan bahasa pada backdrop yang disertakan. | Tidak ada kesalahan pada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 13.07.2017 |
Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Adakah ayat dan ejaan ( Pengurus Besar Jabatan Kewangan) di atas betul? | Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.05.2017 |
Tuan / Puan, Harap tuan/ puan dapat memberi nasihat tentang penggunaan bahasa dalam file yang disertakan. Terima kasih, Janice | Lihat Lampiran yang disertakan. Pada masa akan datang, sila hadkan dokumen untuk semakan kami sehingga tiga muka surat sahaja. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Saya memohon pengesahan pihak tuan samada bahasa melayu yang digunakan didalam papan iklan yang disertakan adalah betul. Terima kasih. | Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Untuk makluman puan, pengesahan iklan perlu dibuat melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan akan memperoleh sijil pengesahan sekiranya menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa tersebut. Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 11.09.2012 |