Semua rakyat Malaysia diseru supaya ziarah-menziarahi pada musim perayaan. Adakah soalan ini betul? | Ayat tersebut kurang jelas. Perkataan "supaya" dalam ayat hendaklah menerangkan maksud ayat sebelumnya. Ayat tersebut sepatutnya, "Semua rakyat Malaysia digalakkan ziarah-menziarahi untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan". | Tatabahasa | 01.03.2010 |
Salam. Saya penulis baru yang kosong berkenaan ilmu penulisan. Namun, saya telah menghasilkan sebuah manuskrip bertajuk Pontianak Menggatal- datang tanpa diseru! Dalam manuskrip ini terdapat satu watak, Tok Ketua, yang bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya Soalan saya, adakah penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam novel. Terima kasih. | Dalam penulisan karya kreatif, pengarang seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Walau bagaimanapun, dalam dialog terdapat sedikit kelonggaran kerana dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam dialog sekiranya benar-benar perlu dan bersesuaian dengan jalan cerita yang hendak disampaikan. Perkataan atau dialog dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan. | Lain-lain | 07.12.2020 |