Apakah maksud 'libatsama'? adakah perkataan lain yang lebih sesuai daripada 'libatsama' untuk digunakan? | Penggunaan sesuatu perkataan hendaklah disesuaikan dengan konteks ayat, jika tidak ada contoh ayat yang diberi kami tidak dapat mengagak perkataan apa yang sesuai digunakan dalam konteks tersebut. Penggunaan terlibat sama atau pelibatan bersama harus disesuaikan dengan konteks ayatnya. | Tatabahasa | 07.04.2014 |
Boleh bagi pengesahan jika ayat ini memang betul dari segi tatabahasa dan pengunaan perkataan "cenderung">> "Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan cenderung kanak-kanak" Ayat diatas dipetik dari carian dlm web ini untuk penacarian "cenderung" | Ayat yang betul ialah kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan kecenderungan kanak-kanak. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 18.01.2018 |
adakah kita masih boleh menggunakan imbuhan 'i' seperti mengikuti atau mempelajari? Jika tiada imbuhan 'i' lagi, imbuhan apakah yang sesuai sebagai ganti? | Penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. Untuk makluman tuan, imbuhan "i" membentuk kata kerja transitif yang membawa pengertian kausatif (menyebabkan sesuatu terjadi), seperti sudahi; dan membawa pengertian lokatif (menyatakan unsur tempat), seperti naiki. Oleh itu, penggunaan imbuhan "i" atau imbuhan lain hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 13.01.2016 |
apakah maksud LUWES ? | Makna luwes ialah tidak terlalu ketat,mudah disesuaikan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 970. | Makna | 30.01.2008 |
Tuan, antara pasangan ejaan berikut, yang manakah lebih sesuai dengan jalan bahasa Melayu? 1. rahsia - rahasia; 2. khabar - kabar; 3. khamis - kamis; 4. syaitan - setan; 5. syurga - surga. Antara "rahsia" dengan "rahasia", "rahasia" sepatutnya ejaan yang baku kerana berasal daripada kata Sanskrit "rahasya" yang disesuaikan ejaan sy Sanskrit kepada si bahasa Melayu. Penghilangan a di antara h dengan s dalam "rahasia" menjadi "rahsia" tidak ada sebab munasabah. Antara "khabar" dengan "kabar", saya berpendapat bahawa "kabar" lebih sesuai dengan bunyi bahasa Melayu. "Kabar" berasal daripada bahasa Arab "khabar" yang disesuaikan bunyi kh Arab kepada k bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, tidak adalah bunyi kh, oleh itu bunyi k bahasa Melayu dipadankan. Antara "khamis" dengan "kamis", "kamis" lebih sesuai dengan sebutan lidah Melayu. "Kamis" berasal daripada bahasa Arab "khamis", konsonan rangkap Arab kh disesuaikan kepada konsonan jati bahasa Melayu k. Antara "syaitan" dengan "setan", "setan" lebih baku kerana sy bunyi Arab tidak ada dalam bahasa Melayu, oleh itu dipadankan dengan s yang lebih dekat dengan sebutan bahasa Melayu. Antara "syurga" dengan "surga" pula, "surga" nyata ejaan yang lebih cocok dengan jalan bahasa Melayu kerana bunyi s bunyi bahasa Melayu. Bunyi sy dalam "syurga" tidak cocok dengan bunyii bahasa Melayu kerana hanya dilafalkan dalam Arab. | Tuan, Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Ejaan bahasa Melayu dibentuk berdasarkan pelbagai elemen yang telah ditetapkan dengan penambahbaikan sekiranya terdapat perkataan baharu yang diterima atau diserap dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2017 |
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih. | 1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 4. Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam. 5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? | Tatabahasa | 27.04.2012 |
as salam. mohon penjelasan lanjut tentang penggunaan tanda bacaan '/' adakah ia membawa maksud 'atau' @ 'dan' ? atau tanda bacaan '/' boleh disesuaikan mengikut konteks? | Salam sejahtera, "/" dipanggil tanda miring. Tanda miring digunakan dalam: 1. Nombor rujukan surat. Contoh: DBP/173/14/4 K. 6 (17) 2. Sebagai pengganti kata DAN, ATAU dan PER ataupun dipakai semasa menulis NOMBOR ALAMAT. Contoh: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM3.00/naskhah 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.11.2017 |
Yang manakah betul? Dimomokkan atau dimomok-momokkan? | Penggunaan dimomokkan dan dimomok-momokkan, kedua-duanya betul dan penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut layari laman web kami dan lihat contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut. | Tatabahasa | 11.03.2016 |
Apakah perkataan yang betul atau lebih sesuai untuk menggantikan perkataan berikut: 1) ketidakharmonian 2) ketidakpuashatian | Penggunaan setiap perkataan hendaklah disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Ketidakharmonian dan ketidakpuashatian boleh digantikan dengan perkataan lain seperti keadaan tidak harmoni dan perasaan tidak puas hati. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
Why are there threads on the surface of a tyre? Mengapakah permukaan tayar mempunyai jalur? Adakah terjemahan untuk kata "threads" boleh disesuaikan dengan kata "jalur"? | Tuan, Terjemahan yang betul untuk perkataan “threads” dalam contoh ayat yang diberikan ialah “bunga tayar” yang bermaksud bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.05.2019 |