Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, a. see vt; b. serve, menghidangkan, menyajikan: I’m going to ~ up dinner now, saya menghidangkan makan malam sekarang; c. present, mengemukakan, membentangkan: they have been ~ing up the same arguments year after year, mereka telah mengemukakan hujah-hujah yg sama tahun demi tahun. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st out, a. serve st, /menyenduk, mencedok/ sst; b. give st freely, membagi-bagikan sst; (advice, compliment, reward) memberikan sst; (abuse) melemparkan sst: she would ~ out advice whether we wanted it or not, dia akan memberikan nasihat sama ada kita mahu mendengarnya atau tidak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt also ~ up, put ( food) into plates, menyenduk, mencedok; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dish


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan anda berikan cadangan terjemahan untuk "Signature dish?"Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Signature dish ialah Sajian Eksklusif atau Sajian IstimewaMakna23.04.2017
Apakah istilah tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'Signature Dish' dalam bidang masakan?Istilah bahasa Melayu bagi "signature dish" tiada dalam rujukan kami, walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah hidangan atau masakan istimewa atau utama.Istilah28.05.2009
Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang.Istilah06.01.2017
Soalan berkaitan istilah barangan tembikar / seramik. Adakah" Lustre painted dish " bermaksud " Pinggan bercat kilat? atau bercat kilau?" Terima kasihSalam sejahtera,

Lustre painted dish bermaksud pinggan bercat kilat 

Sekian, terima kasih.
Makna25.08.2020
Apakah istilah paling sesuai untuk terjemahan 'exquisite' bagi merujuk kepada makanan (exquisite dish)?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk exquisite dish dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah sajian menarik.Istilah10.04.2017
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, apa istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk perkataan ‘Assemble’ dalam perkataan Cara-cara ‘Assemble’ Roti Sandwic. Saya cari di dalam kamus tak jumpa istilah yang tepat. Istilah yang ada mengumpul, menghimpun, memasang. Cara-cara mengumpul Roti Sandwic. Cara-cara menghimpun Roti Sandwic, Cara-cara memasang Roti Sandwic. Semuanya serba tak kena. Apa istilah yg sesuai berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya?Waalaikumussalam wbt,

Saya mencadangkan terjemahan bagi kata assemble dalam konteks penggunaan seperti How to assemble a sandwic?, to assemble a dish, to assemble a cake dan sebagainya ialah 'menyediakan'. Terjemahan memasang bagi assemble amat janggal dalam bahasa Melayu.  Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk kepada pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan ini.

Sekian, terima kasih.
Istilah06.06.2024

Kembali ke atas