Adakah DBP sudah punya istilah khas untuk "misinformation" dan "disinformation"? | Cadangan terjemahan bagi istilah disinformation dalam bahasa Melayu ialah maklumat palsu dan misinformation ialah maklumat salah. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.12.2024 |
Salam sejahtera. Boleh saya tahu padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption ialah Mengatasi Maklumat Palsu: Ke Arah Penggunaan Media yang Bertanggungjawab. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2023 |
Tuan, Saya merupakan seorang pelajar di dalam bidang keselamatan dan hubungan antarabangsa. Sedang dalam proses mengemukakan disertasi bagi kajian saya. Saya ingin bertanyakan sama ada wujud perkataan 'disinformasi' di dalam kamus DBP. Harap pihak tuan dapat memberikan respon sewajarnya. Terima kasih. Salam ikhlas, Mohd Syarizal bin Abdull Halim | Perkataan "disinformasi" masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan kamus umum DBP yang lain. Hal ini disebabkan penggunaan perkataan tersebut masih kurang dalam penggunaan masyarakat di Malaysia. Masyarakat disarankan untuk menggunakan "maklumat palsu" atau "maklumat salah" sebagai padanan bahasa Melayu bagi "disinformation" dalam menyampaikan maksud tersebut seperti yang terakam dalam PRPM: disinformation Definisi : n maklumat palsu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Lain-lain | 30.05.2021 |