Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan. Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan. Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
Disini saya lampirakan lakaran visual iklan dan gambar 'foto' untuk pengesahan daripada DBP bagi pembukaan butik. | Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. | Lain-lain | 08.10.2015 |
Disini saya ingin mendapatkan khidmat tuan/puan dalam penyemakan ejaan bagi sepanduk seperti yang tertera dalam lampiran fail. | Untuk pengesahan iklan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 30.09.2013 |
Assalamualaikum, disini saya lampirkan rekabentuk papan tanda kedai untuk pejabat urusan. Sila buat pemeriksaan segera. Terima Kasih. | Wsalam. Saudara sudah tersalah menghantar soalah. Sepatutnya mengisi borang untuk pengesahan iklan. Sila isi semula borang yang betul dalam laman web DBP. Walau bagimanapun saya mengesahkan iklan tersebut dan boleh diluluskan. Cuma saudara tidak boleh menggunakan kelulusan ini untuk dibawa kepada PBT. | Lain-lain | 14.05.2014 |
Bersertakan disini adalah lakaran papan tanda perniagaan seperti dipinta terdahulu oleh Puan Norahayu. | Bahasa yang digunakan adalah betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 17.01.2012 |
saya disini ingin bertanyakan siapakah penyelidik/pengarang bagi perkataan mampan? judul/keluaran/terbitan siapa dan berapa? sumber siapa yang boleh dikaitkan dengan perkataan mampan? | Kata mampan mula dimasukkan dalam entri Kamus Dewan, Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun tidak ada etimologi kata mampan dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.03.2011 |
Assalamualaikum Disini saya ingin memohon pihak tuan untuk membantu saya di dalam menganalisi artikle dan mengenal pasti kesalahan yang terdapat di artikle yang dilampirkan Sekian Terima Kasih | Kami tidak boleh akses lampiran yang diberikan. | Lain-lain | 01.03.2010 |
ASSALAMUALAIKUM, DISINI SAYA INGIN MOHON PENJELASAN PERBEZAAN ' HURAIAN PERKATAAN " USUL DAN CADANGAN | Kedua-dua perkataan mempunyai erti yang sama, iaitu pendapat dll yang dikemukakan untuk dibincangkan. Lebih tepat digunakan salah satu perkataan sama ada usul atau cadangan sahaja. | Makna | 29.05.2008 |
Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya.. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 13.01.2012 |
mengenai pengangkutan. Saya perlu 'mengambil' disini atau saya perlu 'menaiki' bas disini. | Ayat kedua,iaitu 'Saya perlu menaiki bas di sini' adalah betul. | Tatabahasa | 20.12.2007 |