Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disisipkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ibu bapa bukan kata majmuk? Dalam konsep kata majmuk, satu daripada syaratnya adalah tidak boleh disisipkan dengan beberapa perkataan di antara unsur-unsur yang membinanya. Dalam isu ini, ibu bapa boleh disisipkan dengan "dan" di antara kedua-dua unsur yang membinanya lalu menjadikannya " ibu dan bapa" yang masih membawa maksud ibu serta bapa. Adakah ini benar?Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang.Tatabahasa04.05.2020
saya ingin bertanya: 1.bagaimana pembentukan kata kerja sisipan berlaku,adakah dibina daripada kata dasar contoh:semerbak apakah kata dasarnya dan mengapa bila disisipkan menjadi bersemerbak,apakah huruf yang disisipkan.minta penjelasan 2.Boleh pihak tuan memberikan tip penting untuk membina karangan

Sisipan wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh yang saudara beri -semerbak merupakan bentuk sisipan kata adjektif. kata asalnya serbak - sisipan em di situ menjadi - semerbak. Untuk membina karangan paling penting saudara perlua mengetahui format dan menguasai tajuk yang bakal ditulis. sila rujuk buku-buku yang berkaitan dengan penulisan karangan untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa24.07.2008
Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik.Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep.  Tatabahasa15.03.2010
Salam sejahtera, saya sedia memahami bahawa kata nama majmuk terhasil daripada merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur seperti rukun tetangga, balai raya, dan sebagainya. Pertama, adakah ‘ibu bapa’, sebagai contohnya, tergolong dalam kata nama majmuk? Bukankah kata hubung gabungan ‘dan’ / ‘atau’ boleh disisipkan antara kata nama ibu dengan kata nama bapa? Kedua, andai kata ‘ibu bapa’ tergolong dalam kata nama majmuk, bagaimanakah penggandaannya? Penjelasan dan budi bicara pihak tuan demi memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasihIbu bapa ialah frasa nama dan frasa tersebut boleh disisipkan dengan perkataan lain, seperti ibu dan bapa.Tatabahasa18.11.2018
kata atau kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.Saya mahu tanya sama ada penggunaan frasa sendi "di antara" ini betul atau salah...thxRumus tatabahasa menetapkan kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Fras sendi nama "di antara" betul dan digunakan bagi digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.Tatabahasa25.07.2012
Adakah rumah kedai dikategorikan sebagai kata majmuk? Rumah kedai boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" menjadi rumah dan kedai? Jadi , perkataan ini bukan kata majmuk? Apakah cara yang paling mudah untuk membezakan kata majmuk dengan perkataan yang biasa? Terima kasih atas nasihat tuan/puan.Rumah kedai ialah kata majmuk. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata majmuk ialah gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian.Tatabahasa07.06.2023
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli YahayaKumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor.Lain-lain07.10.2008
Apakah kata dasar bagi "Kesinambungan"? Bagaimana hendak menggunakan imbuhan "me..." bagi kata dasar berkenaan? "Menyinambungkan"?Kata akarnya ialah sambung yang disisipkan -in- menjadi sinambung.

Perkataan sinambung tidak menerima imbuhan me- tetapi kata akar, sambung boleh menerima awalan meN- iaitu menyambung.
Tatabahasa12.08.2013
salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQUntuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan.Lain-lain01.04.2012
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN

Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.

Tatabahasa23.12.2010
1234

Kembali ke atas