Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : layanan yg ber­beza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP?Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu.Lain-lain23.11.2018
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013

Kembali ke atas