1. betulkah ejaan "jawaban" sudah mengantikan "jawapan" yang selalu dipakai? 2. pembelajaran/pemelajaran- mana yang betul? 3. dipukul ombak/dipukul oleh ombak -soalan-adakah semua kata pasif ganti diri ketiga mesti diikuti oleh perkataan "oleh" ? 4. kita mestilah baik hati supaya sentiasa disukai./ disukai oleh kawan kita. soalan-seperti no. 3 | 1. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.2. Pembelajaran atau pemelajaran, kedua-duanya betul memgikut konteks. Pemelajaran - perihal atau proses mempelajari. Contohnya: Pemelajaran bahasa Inggeris diberi perhatian yang serius. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar; Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sesuatu dengan mendalam.3. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.4. Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + frasa nama yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan.Contoh lain: Dia dipukul oleh bapanya. => Dia dipukul. | Tatabahasa | 29.04.2011 |
a)Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. b)Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Ayat mana betul? | Ayat yang gramatis ialah Barangan buatan Malaysia bukan sahaja murah, malahan cantik dan disukai ramai. | Tatabahasa | 21.08.2015 |
Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini betul dan gramatis? | Ayat yang lebih tepat: Barangan buatan Malaysia murah, cantik dan disukai ramai. Penggunaan "tetapi" bermaksud pertentangan idea. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja? | Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku. | Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Merujuk Kamus, Hit adalah disukai ramai. Manakah yang betul: "Anugerah Pencapaian Hit Tertinggi" atau "Anugerah Pencapaian Hits Terkini" (ada "s"). Mohon penjelasan segera. Terima kasih. Hanisah | Puan Hanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Jika puan merujuk kamus, ada huruf bp yang digunakan, ini bermaksud perkataan tersebut ialah bahasa percakapan, jadi dalam urusan rasmi kita tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Cadangan kami puan boleh tukarkan perkataan tersebut kepada lagu popular sekiranya ia melibatkan lagu atau terunggul. Jadi puan boleh gunakan Anugerah Pencapaian popular atau pencapaian terunggul. Tetapi sekiranya puan masih mahu menggunakan perkataan Hit ia mestilah ditambah huruf s dan perkataan tersebut hendaklah diicondongkankan.Terima kasih. | Istilah | 10.06.2009 |
"Fendi berat tulang. Justeru, dia disukai ramai." Adakah penggunaan perkataan "justeru" dalam ayat di atas gramatis? | Penggunaan "justeru" dalam ayat tersebut kurang tepat, sila rujuk laman web kami untuk melihat contoh penggunaan "justeru" dalam konteks yang betul. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Tuan, tugas kata hubung pancangan relatif ialah menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Saya ingin bertanya, apakah maksud klausa kecil dan cara mengenalnya? Terima kasih. | Klausa kecil juga dikenali sebagai klausa tak bebas, iaitu klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, rujuk ayat pancangan relatif 'Mereka menonton drama yang disukai ramai'. Mereka menonton drama (klausa bebas/klausa utama) yang (kata hubung pancangan relatif) disukai ramai (klausa tak bebas/klausa kecil). Maka, ciri utama klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Anda boleh merujuk Tatabahasa Dewan halaman 433-434 untuk lebih keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.02.2017 |
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |