| Saya mendapati banyak percanggahan dlm beberapa istilah, bergantung kpd sumber rujukan. Yang manakah disyorkan oleh DBP untuk piawaian? 1) interest (kewangan) = faedah atau bunga? 2) guarantee = jaminan atau gerenti? 3) guarantor = penjamin atau penggerenti? Saya membuat perbandingan antara buku DBP "Istilah Undang-undang (2006)", "Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan (2001)" dan PRPM on-line. Yang manakah sepatutnya diutamakan? Terima kasih. | Encik Mohd Halimi, Antara perkataan bunga dengan faedah, biasanya kita gunakan faedah bagi tujuan rasmi manakala untuk percakapan biasa kita gunakan bunga. guarantee kita gunakan jaminan, manakala guarantor pula ialah penjamin. Jika kita mencari istilah dalam bidang kewangan saya rasa baik kita rujuk Daftar istilah | Istilah | 07.12.2010 |
| Pohon pandangan mengenai program komuniti yang ingin dilaksanakan oleh PERDA kepada penerima bantuan persekolahan/ rakyat termiskin. Nama program yang disyorkan ialah PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA RAKYAT. Ceramah keibubapaan akan juga diadakan pada program tersebut. | Saudara, Nama program yang betul dari segi penggunaan bahasanya adalah seperti yang berikut: PROGRAM KOMUNITI RAKYAT SEJAHTERA | Tatabahasa | 01.12.2009 |
| salam, dalam kamus dewan perkataa "dakyah = diayah", namun antara 2 perkatan tersebut yang manakah lebih tepat digunakan dalam teks? | Perkataan "diayah" lebih tepat dan disyorkan digunakan dalam teks. | Ejaan | 23.03.2012 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi? | Salam sejahtera, Tuan, Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
| adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Tatabahasa | 03.11.2022 |
| Sama ada perkataan “steril” dalam peruntukan di bawah ini ialah padanan yang betul. “36. (2) Nothing in subregulation (1) shall prohibit the placing in food or in packages of such food— (a) any article for measuring the recommended quantity of food to be consumed, provided that such article is sterile. (2) Tiada apa-apa dalam subperaturan (1) boleh melarang daripada diletakkan dalam makanan atau dalam bungkusan makanan itu— (a) suatu benda bagi menyukat kuantiti makanan itu yang disyorkan untuk dimakan, dengan syarat bahawa benda itu adalah steril;”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan steril membawa maksud terpelihara (bebas, bersih) daripada kuman atau hama. Oleh itu, perkataan steril boleh digunakan dalam kenyataan di atas. | Makna | 28.05.2021 |
| Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasih | Untuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima dan Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
| saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh perkataan NAUTICA digunakan untuk menamakan bangunan (kondominium atau lain-lain) | Pada kebiasaannya penamaan sesuatu bangunan atau kondominium bergantung pada lokasi, persekitaran tempat terletaknya bangunan atau kondominium tersebut atau konsep yang hendak diketengahkan. Perkataan nautika bermaksud berkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran. Oleh yang demikian sekiranya ini memenuhi kriteris tersebut maka penamaan sedemikian bolehlah diberikan. Walau bagaimanapun disyorkan saudara merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan nama yang sesuai. | Lain-lain | 25.07.2008 |
| Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasih | Penganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur. Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil). | Tatabahasa | 08.05.2025 |
| Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |