Bolehkah "moral authority" ditafsirkan sebagai wibawa kesusilaan? | Cadangan padanan bagi istilah moral authority dalam bahasa Melayu ialah wibawa moral. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.03.2024 |
maksud General meeting : adakah ianya ditafsirkan sebagai Mesyuarat Agung tahunan sahaja atau juga mesyuarat agung khas | Padanan general meeting dalam bahasa Melayu ialah mesyuarat agung. | Istilah | 24.11.2010 |
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakan | Untuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158. | Istilah | 22.07.2014 |
Jawi itu bahasa atau tulisan? | Jawi ialah tulisan, dalam huraian bahasa Inggeris ditafsirkan sebagai writing system. Namun begitu, bahasa Jawi juga digunakan dalam wacana dan ia merujuk bahasa Melayu. Oleh itu, dalam pembicaraan hal ini seelok-eloknya digunakan tulisan Jawi agar tidak terkeliru dengan maksud lain bagi perkataan Jawi. | Lain-lain | 29.10.2020 |
Assalamu'alaikom, saya ingin mendapatkan maklumat dari Pehak DBP; APAKAH DEFINISI (MAKNA) YANG DITAFSIRKAN OLEH PEHAK TUAN BAGI " DEFINISI (MAKNA) "PERPUSTAKAAN AKADEMIK" Kerjasama Pehak DBP diucapkan Ribuan Terima Kasih (Zainuddin Idris) | Perpustakaan akademik ialah padanan academic library dalam bahasa Melayu yang bermaksud perpustakaan yang ditubuhkan di universiti, maktab atau institusi pengajian tinggi yang menjadi sebahagian atau bergabung dengan institusi tersebut. | Lain-lain | 06.04.2010 |
Boleh jelaskan "Bahasa Melayu Baku Sebagai Wahana Bahasa Ilmu". | Tidak ada satu tafsiran yang kukuh untuk frasa tersebut. Pada pemahaman kami frasa tersebut boleh ditafsirkan sebagai bahasa Melayu yang baik dan betul sebagai saluran dalam menyampaikan ilmu. | Tatabahasa | 11.10.2014 |
Saya dapati terdapat perbezaan penggunaan perkataan pencantuman dan penggabungan. Bagaimanakah penggunaan ini boleh digunakan dalam konteks yang berbeza. Misalnya dalam undang-undang Suruhanjaya Penerbangan, perkataan merger ditafsirkan sebagai pencantuman bukan penggabungan. sebaliknya penggunaan terma penggabungan dilihat lebih menepati maksud merger. Malah media juga menggunakan perkataan penggabungan bukan pencatuman. Contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah membenarkan cadangan (penggabungan atau pencatuman) bagi Syarikat Telekomunikasi Celcom dan Digi. | Menurut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, pencantuman bermaksud perbuatan atau proses mencantumkan. Contoh ayat, Pencantuman syarikat bertujuan untuk menyusun semula struktur modal dan hak milik syarikat berkenaan dan Pencantuman secara kimia telah digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan gabungan kayu dan plastik. Manakala penggabungan bermaksud proses atau perbuatan menggabungkan sesuatu. Contoh ayat, Penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak dan Langkah penggabungan bank dan institusi kewangan. Berdasarkan maksud, kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat contoh ayat, perkataan pencantuman bersifat lebih umum, iaitu bukan sekadar proses mencantumkan institusi atau negeri, tetapi mencantumkan sesuatu seperti mencantumkan pokok dan mencantumkan kayu dan plastik dan sebagainya. Sedangkan penggabungan pula bersifat lebih khusus, iaitu hanya merujuk kepada institusi seperti negeri, syarikat dan yang seumpamanya. | Makna | 07.10.2021 |
Boleh tolong jelaskan makna ayat ini? Dikabur takbur shabab yang bermusim | Frasa Dikabur takbur shabab yang bermusim merupakan karya kreatif yang boleh ditafsirkan secara berbeza mengikut konteks keseluruhan makna yang hendak disampaikan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, takbur bermaksud berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak. | Makna | 09.07.2018 |
Apakah maksud pantun ini?Biasa berpisau,jangan berparang,Biasa pada kau,jangan bawa ke orang.Manakala bagaimanakah membina ayat dengan menggunakan pantun ini? | Pantun tersebut boleh ditafsirkan sebagai jangan mengajak orang lain mencontohi atau mengikut perbuatan buruk kita. | Makna | 03.02.2021 |
Apakah maksud istilah "ditandatangan timbal" dari sudut bahasa? Saya merujuk ayat dalam perkara (v) Perintah Am Bab F- "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. Dalam Akta 278 dan Akta A735 (kedua-dua akta telah jumud) istilah "ditandatangan timbal" telah diterjemahkan sebagai "countersigned" dalam Bahasa Inggeris. Mohon penjelasan lanjut. | Dalam Kamus Pelajar, perkataan timbal;bertimbal bermaksud dari kedua-dua belah pihak; saling (melakukan sesuatu). Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, countersigned diterjemahkan sebagai ditandatangani balas. Tuan boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=countersign&d=69812&#LIHATSINI. | Makna | 16.01.2019 |