Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditahan

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kalau langit hendak menimpa bumi,
     bolehkah ditahan dengan telunjuk.

Bermaksud :

Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan penggunaan lampu isyarat dan isyarat lampu? Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Dia ditahan polis kerana melanggar isyarat lampu merah. b. Dia ditahan polis kerana melanggar lampu isyarat.Lampu isyarat ialah kata nama bagi lampu tersebut. Isyarat lampu pula isyarat yang ditunjukkan pada lampu tersebut sama ada merah atau hijau. Yang tepat a. Dia ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah. Manakala, b. merujuk pemandu melanggar lampu tersebut.Lain-lain14.05.2017
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis.Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak
    ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya.
2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis
   ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis.
Tatabahasa24.08.2018
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???"Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis.Tatabahasa03.06.2013
Antara dua ayat di bawah yang manakah sesuai untuk terjemahan ayat ini " Why does our flatus disappear when it is held back?" 1) Mengapakah kentut akan hilang apabila ditahan? 2) Mengapakah kentut akan hilang apabila kita menahannya?
Padanan yang sesuai bagi terjemahan tersebut ialah i. Mengapakah kentut akan terbantut apabila ditahan? ii. Mengapakah kentut terbantut apabila kita menahannya?
Lain-lain30.05.2018
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search? Contohnya dalam ayat: Terdapat beberapa cara pemeriksaan badan yang dibuat ke atas seseorang yang ditahan oleh polis iaitu pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search.Padanan bahasa Melayu bagi istilah pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search ialah pemeriksaan tepuk, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan intrusif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.11.2022
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Selamat petang tuan/puan. Adakah cara penulisan bibliografi ini menepati FORMAT APA bagi (a)kamus, (b)kertas kerja seminar, dan (c)surat khabar? [* menandakan huruf condong] (a) Sanat Md Nasir. (2000). *Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Kertas kerja Seminar Kebangsaan tentang Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 28 Oktober 2000. (b) *Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. (2nd ed.). (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (c) Pelajar tampar guru ditahan polis. (2010, 15 Januari). *Berita Harian, hlm 2. Adakah susunan bagi penulisan bibliografi ini betul?Soalan tuan akan dipanjangkan ke Bahagian Penerbitan dan akan dijawab melalui e-mel.  Jawapan kemungkinan mengambil masa.  Sekian, terima kasih.Lain-lain15.11.2014
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat?Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas.Tatabahasa01.07.2008

Kembali ke atas