tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
'mesyuarat ditangguhkan' atau 'mesyuarat ditamatkan ' Mana sata yg betul untuk digunakan semasa membuat catatan minit mesyuarat? Sekian , terima kasih. | Frasa yang betul ialah mesyuarat ditangguhkan. | Tatabahasa | 20.01.2010 |
Salam sejahtera. Yang manakah ayat yang betul? 1. Ali mengambil kain pada ampaian. 2. Ali mengangkat kain pada ampaian. Frasa yang manakah yang tepat? 1. Pengajaran dan pembelajaran 2. Pengajaran dan pemudahcaraan (yang baru diperkenalkan oleh KPM. Mengapakah perkhidmatan "Khidmat nasihat" pada carian PRPM ditamatkan? Sebenarnya guru-guru dapat merujuk secara terus jika ada pemasalahan dan dapat diselesaikan tanpa menggunakan e-mel. Sekian, terima kasih. | 1. Ali mengambil kain pada ampaian dan Ali mengangkat kain pada ampaian. Kedua-dua ayat ini betul, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna mengambil dan mengangkat. 2. Pengajaran dan pembelajaran, kedua-duanya betul lihat www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat maknanya. Tidak ada contoh penggunaan pemudahcaraan, yang ada pemudah cara. 3. Domain "Khidmat Nasihat" tidak ditamatkan tetapi ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian data. | Tokoh | 26.12.2014 |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berikut untuk memantapkan penguasaan dalam menyediakan minit mesyuarat yang efektif dan berkesan. 1. Saya dilantik sebagai Setiausaha Satu jawatankuasa Induk peringkat Bahagian dan dalam masa yang sama sebagai pencatat minit. Soalan : Jika mesyuarat tersebut telah membubarkan Jawatankuasa Pengelola, adakah boleh diletakkan ayat berikut : " Oleh kerana tiada hal-hal lain, Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari ATAU Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari * Mohon pencerahan Terima kasih. | Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Ramzi Ahmad Blh bagi contoh maksud "Penggunaan Bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam Bahasa Melayu"? Apakah ada usaha kerjasama antara Majlis Perbandaran dengan pihak DBP setakat ini? Memandangkan campuran dwi bahasa digunakan dalam papan iklan? Jika tiada penguatkuasaan sy yakin Bahasa Melayu akan terus dirojakan.. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Semua jenis iklan perniagaan di setiap negeri di Malaysia tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2009. Garis Panduan ini menetapkan setiap papan iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Perkataan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain. Malah penggunaan bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Khusus untuk papan iklan premis perniagaan pula, Jabatan Kerajaan Tempatan mengeluarkan pekeliling tentang “Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan”. Garis panduan ini jelas turut menetapkan keterangan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan yang mesti mengutamakan bahasa kebangsaan dari segi saiz, warna dan kedudukan. Baik Undang-undang Kecil Iklan PBT atau garis panduan, secara teorinya, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan semata-mata atau jika terdapat dwibahasa, bahasa kebangsaan mesti diutamakan. Namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya; penggunaan bahasa kebangsaan dicampur aduk dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Malah terdapat iklan yang meletakkan bahasa kebangsaan di bawah perkataan bahasa lain, selain saiz huruf bahasa kebangsaan kecil dan tidak jelas. Justeru, pihak yang meluluskan lesen pemasangan papan iklan, iaitu PBT seharusnya serius dan komited dalam mematuhi garis panduan iklan yang dikuatkuasakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan PBT masing-masing. Kerjasama antara PBT dan DBP perlu dibentuk dan sewajarnya melibatkan DBP dalam kelulusan lesen pemasangan papan iklan. Inisiatif beberapa PBT, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mensyaratkan supaya setiap agensi pengiklanan atau syarikat perlu merujuk kepada DBP terlebih dahulu bagi melihat aspek penggunaan bahasa sebelum sesuatu iklan diluluskan perlulah dicontohi. Dalam hal ini, DBP telah pun membangunkan sistem Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) untuk membantu PBT dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan. KPBDBP merupakan perkhidmatan menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam iklan, nama khas dan dokumen dan dilaksanakan dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Selain KPBDBP, DBP turut menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa, Khidmat Nasihat Sastera, Khidmat Nasihat Penerbitan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan Khidmat Nasihat Korporat DBP atau lebih dikenali sebagai Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Khidmat nasihat ini juga dilaksanakan dalam talian melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Jelaslah bahawa masalah penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan boleh ditamatkan dengan segera. Mekanisme yang sedia ada, khususnya dalam bidang undang-undang perlu dimanfaatkan. Gerakan dan tindakan bersepadu dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta dalam penguatkuasaan hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.05.2017 |