Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditambah

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Bermaksud :

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
frasa. ditambah dengan air dan gula atau ditambah air dan gula?Ditambah dengan air dan gula.Tatabahasa08.05.2014
Bolehkah contoh ayat diberikan bagi membezakan penggunaan perkataan "ditambah" dan "ditambahkan".Contoh ayat bagi perkataan ditambah ialah Garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi. 
Contoh ayat bagi perkataan ditambahkan pula ialah Sedikit susu ditambahkan ke dalam kuah itu.
Makna04.06.2021
Kafan boleh ditambah imbuhan? Contoh: Mengkafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Mengafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Perkataan mana yang betul?Perkataan kafan apabila menerima imbuhan, huruf pertama - k akan luluh dan membentuk perkataan mengafankan sama seperti kayuh - mengayuh dan kejar - mengejar.Tatabahasa08.01.2014
1)diterima pakai atau diterimapakai 2)ditambah nilai1)diterima pakai 2)ditambah nilaiEjaan12.07.2011
Perkataan ditambahbaik atau ditambah baik yang manakah yang betul? Dan perkataan ini dikategorikan dalam kesalahan tatabahasa yang mana?Penggunaan perkataan yang betul ialah “ditambah baik”. Perkataan “ditambahbaik” dikategorikan sebagai kesalahan dalam ejaan.Tatabahasa16.04.2022
Salam. Apabila perkataan 'main' ditambah dengan imbuhan, yang manakah ejaan yang betul - permainan atau pemainan, permain atau pemain? Setahu saya, ejaan yang betul ialah 'permainan' dan 'pemain'. Kenapa ada 'per-' dan 'pe-' apabila perkataann 'main' ditambah dengan imbuhan? Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah permainan. Setiap perkataan boleh menerima beberapa jenis awalan seperti pe- (pemain) dan ber- (bermain) dan juga apitanseperti me-...-kan (memainkan) dan per-...-an (permainan) selagi ia sesuai dengan fungsi penggunaannya dalam ayat. Terdapat prinsip yang telah ditetapkan dalam penggunaan awalan dan apitan, untuk lebih memahaminya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.10.2015
Selamat petang. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan. contoh: 1. ditambah 2. ditambahkan Adakah terdapat perbezaan makna di antara kedua-dua contoh di atas? Sekian, terima kasih.Perkataan ditambah dan ditambahkan ialah bentuk pasif bagi kata terbitan menambah dan menambahkan. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Penggunaan kata dalam ayat hendaklah mengikut konteks makna yang dikehendaki. Tatabahasa20.10.2016
Rujukan saya: SK3/22/5/2018 1. Perkataan nyah. Boleh tak perkataan nyah ditambah imbuhan selain daripada yang diketahui dan perkataan yang digunakan secara meluas. Cth. Dinyahsahkan. Penyahgunaan. 2. Ada tak istilah khas untuk "usul yang dah diluluskan". Satu atau 2 perkataan pendek. 3. perbahasan tentang usul-usul lulus pada mesyuarat lepas << adakah betul ayat ni? “usul lulus” boleh tak pakai? 4.Adakah semua perkataan boleh ditambah imbuhan? Semua jenis imbuhan maksud saya. Spt pendelegasian. Mendelegasikan. Di dalam buku apakah boleh saya menemukan formula/kaedah dalam menentukan boleh atau tidak imbuhan ditambah dalam mana-mana perkataan.1. Secara umumnya, setiap perkataan baharu boleh diwujudkan dengan syarat betul dari segi morfologi. Sekiranya pihak tuan ada perkataan baharu boleh dicadangkan kepada DBP dan pihak DBP akan mengesahkan penggunaan perkataan tersebut secara rasmi.

2. Usul diluluskan.

3. Perbahasan tentang usul yang diluluskan.

4. Boleh. Perkataan "Pendelegasian" digunakan oleh pihak Indonesia, Malaysia mencadangkan "perwakilan". Tuan boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mempelajari pembetukan kata terbitan.

Lain-lain22.05.2018
disalah tafsir atau disalahtafsirkan? boleh berikan penjelasannya juga? terima kasihSalah tafsir ialah kata majmuk dan perlu ditulis berasingan. Sekiranya ditambah imbuhan "di" hadapan sahaja, kata majmuk ini tetap dieja sebagai dua perkataan, iaitu disalah tafsir. Kata majmuk akan dieja bercantum sekiranya ditambah imbuhan di hadapan dan di belakang. Contohnya: disalahtafsirkan, mencampuradukkan dan diurusniagakan.Ejaan03.05.2013
Bolehkah perkataan "Jadi" digunakan di tengah ayat? Contoh: Saya membesar di Pulau Pinang jadi makanan laut adalah makanan yang nostalgik bagi saya. Perlukah (,) ditambah?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jadi juga membawa maksud jadinya kerananya, kerana itu. Oleh itu, perkataan jadi boleh digunakan dalam ayat di atas dan tanda baca koma perlu ditambah.

"Saya membesar di Pulau Pinang, jadi makanan laut ialah makanan yang nostalgik bagi saya".
Tatabahasa07.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas