Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa ejaan dato' perlu ditanda koma di atasnya? Setahu saya ejaan yang mempunyai koma di atas sudah dimansuhkan dalam bahasa Melayu melainkan untuk kata nama khas seperti nama orang dan tempat. Bukankah ejaan datuk lebih tepat dan mudah berbanding dato' ?Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu, manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.Lain-lain16.01.2010
Salam sejahtera, "karangan itu ditandakan oleh Cikgu Burhan" atau "karangan itu ditanda oleh Cikgu Burhan"? Apakah perbezaannya?Penggunaan yang betul ialah ditandakan oleh Cikgu Burhan.Kata aktif bagi ditandakan ialah menandakan. Tatabahasa24.03.2020
Tumpang tanya, tuan. Saya ada rujuk dalam kamus dan didapati istilah yang saya cari ini ditanda dengan 'mn'. Apa maksud 'mn'? Terima kasih tuan.Salam sejahtera,

Mn di dalam kamus merujuk kepada Minangkabau.

Tuan boleh rujuk setiap kependekan yang ada di dalam kamus pada halaman KEPENDEKAN (Ii) pada bahagian hadapan kamus.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain16.03.2018
Adakah 'suspek' ( suspect in English) diterima dalam penggunaan Penulisan Bahasa Malaysia?

Dalam Kamus Dewan, kata suspek ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata orang yang disyaki untuk konteks rasmi. 

Istilah21.11.2010
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. 

Ejaan17.01.2011
Pihak kami ingin bertanya tentang garis panduan untuk pendaftaraan nama untuk bangunan. 1. Bolehkah perkataan bahasa Inggeris digunakan? 2. Nama jenama perlukah ditanda dagangan dahulu sebelum didaftar? Contohnya; Menara "General Electric". Atau "General Electric" Tower?Bagi penamaan nama bangunan perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Bagi penamaan dalam bahasa Inggeris tidak akan diluluskan oleh pihak DBP. Cadangan terjemahan bagi penamaan bangunan yang dicadangkan ialah "Menara Elektrik Awam".Lain-lain30.05.2022
Apakah ejaan sebenar untuk " warahmatullahi wabarakatuh "? Dan apakah betul ayat ini " Pelan ini merupakan satu rangka kerja yang komprehensif .." Ini adalah kerana dalam dewan eja "satu rangka" ditanda dengan warna biru iaitu tiada penjodoh bilangan dan warna merah bagi "warahmatullahi wabarakatuh". Mohon bantuan

        1. Menurut Kamus Dewan Perdana ejaan sebenar ialah  “warahmatullahi wabarakatuh” ungkapan ini ditandai dengan warna merah dalam perisian Dewan Eja kerana ungkapan ini adalah kata pinjaman bahasa Arab.

2. Ayat yang betul ialah  " Pelan ini merupakan rangka kerja yang komprehensif .." Tidak semua kata nama perlukan penjodoh bilangan.

Lain-lain17.09.2021
Tuan, manakah ejaan yang betul? "Macho" atau "Maco"? Kerana perkataan Macho ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan yang betul ialah maco. Dalam Kamus Dewan "maco" ditanda dengan bp, iaitu bahasa percakapan. Oleh itu, perkataan ini tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam penulisan.Ejaan25.09.2012
1) Mohon tanya penjodoh bilangan bagi cek. `Sekeping' cek atau `sehelai' cek. 2)Adakah semua kosa kata/perbendaharaan kata yang tersenarai di dalam Kamus Dewan, DBP boleh digunakan dalam penulisan? Terima kasih. Izani Hj. Daud

1. Penjodoh bilangan betul ialah "sekeping cek".

2. Tidak semua kata yang terakam dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam situasi rasmi. Kamus merakamkan kata yang hendak dihuraikan maknanya. Perkataan yang ditanda "bp" merujuk kepada bahasa percakapan dan kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi.

Tatabahasa17.07.2011
Salam sejahtera, Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan frasa "semak" dan "periksa"? Bila dan bagaimana penggunaan yang betul untuk kedua-duanya? Mohon pencerahan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan "semak" -  (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. 

Perkataan "periksa" - selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian);
Makna05.06.2019
12

Kembali ke atas