dalam penulisan memo dan surat rasmi, setelah perkataan Yang benar mesti ditandai koma atau tidak? | Setelah perkataan "Yang benar" mesti ditandai koma(,). | Tatabahasa | 24.08.2023 |
Salam sejahtera Tuan, 1. "Lintang-pukang" tergolong sebagai kata ganda atau simpulan bahasa? 2. Menurut Kamus Dewan (2005: 945), "lintang-pukang" ditandai tanda sempang. Manakala, menurut Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan dalam Kamus Simpulan (1942: 177), "lintang pukang" tidak ditandai tanda sempang. Yang mana satu betul? 3. Kata ganda yang juga tergolong sebagai simpulan bahasa perlu ditandai tanda sempang atau tidak? Mohon Tuan memberikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan rujukan PRPM, lintang-pukang merupakan kata ganda. Oleh itu, tanda sempang diperlukan. Kata ganda mesti mempunyai tanda sempang. | Tatabahasa | 14.06.2013 |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Kondangan berasal dari Bahasa Jawa. Tolong entri Kondangan ditandai sebagai Bahasa Jawa (Jw) | Terima kasih atas maklumat ini. Pihak DBP akan menjalankan penelitian bagi kata ini, yang asalnya berlabel JK (Jakarta). | Lain-lain | 27.04.2023 |
Kemaruk, Ompong, Kèdêr, Pulut I, Kolak I berasal dari Bahasa Jawa, tolong ditandai sebagai Bahasa Jawa. Jika butuh bukti nanti saya akan kirimkan bukti. | Terima kasih atas maklumat tersebut. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata ini. | Lain-lain | 27.04.2023 |
Apakah maksud melankolia? | Maksud melankolia ialah penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. | Makna | 19.02.2010 |
maklumat berkenaan analisis kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan | Ayat nafi ditandai dengan penggunaan kata nafi 'bukan' dan 'tidak'. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, contoh ayat : Dia tidak belajar, tetapi bermain. Atau ayat nafi dapat digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud, contoh ayat : Hidupnya tidak pernah senang. Ayat nafi juga sebagai penegas maksud dalam ayat tanya, contoh ayat : Bukankah beliau itu ayah kamu? Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 493. | Tatabahasa | 14.03.2008 |
Adakah setiap ayat yang mengandungi kata seru perlu diakhiri dengan kata seru (!)? | Ayat seru perlu ditandai dengan tanda seru (!). | Lain-lain | 05.11.2015 |
Mohon semakan/terjemahan yang tepat dalam Bahasa Malayu untuk papan tanda perniagaan | Sila rujuk lampiran. Pembetulan dibuat dan ditandai dengan tulisan berwarna merah. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan bahasa. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Apakah kata kerja aktif untuk dikecapi? Perkataaan 'mengecapi' tidak terdapat dalam kamus. Sekian. | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua terdapat perkataan mengecap yang ditandai dengan ki (kiasan) yang bermaksud merasai dan menikmati. | Tatabahasa | 04.04.2015 |