Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditandatangani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan yang betul - 1. Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B; atau 2. Perjanjian ini ditandatangani antara A dengan B. Apakah justifikasi penggunaan perkataan yang sesuai tersebut. terima kasihCadangan penggunaan yang betul ialah "Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B".Tatabahasa04.03.2022
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. 

Ejaan17.01.2011
Assalamualaikum dan saya ingin bertanya antara dua ayat yang berikut yang manakah yang bertul? (1) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat; atau (2) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangan oleh Setiausaha mesyuarat. Sekian. Terima kasih. Wassalam.Ayat yang betul ialah, "Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat."Tatabahasa30.06.2009
Pembida adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak. .... soalan di dalam ayat ini,adakah penggunaan "Tertolak" berada di tempat yang betul?Penggunaan perkataan “tertolak” dalam ayat “Pembida dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak”, betul.Tatabahasa18.08.2022
2. Bersama-sama ini disertakan Tuntutan Bayaran Kemajuan daripada Syarikat ABC Sdn. Bhd. yang telah disemak dan teratur untuk tandatangan tuan. Mohon pencerahan pihak tuan untuk kesesuian ayat di atas bagi... - "untuk tandatangan tuan" atau - "untuk ditandatangani oleh tuan" Terima kasih.Ayat yang betul ialah "untuk ditandatangani oleh tuan"Tatabahasa15.03.2019
Salam Surat atau sijil yang ditandatangani oleh YB adakah mesti tidak menggunakan YB di hadapan nama ataupun pilihan? Terima kasih.

Perkataan YB ialah kata sapaan dan tidak perlu diletakkan pada hadapan nama atau gelaran pada ruangan tandatangan dalam surat rasmi.

Tatabahasa15.08.2024
Ingin tahu perlukah minit mesyuarat itu ditandatangani oleh pencatat atau tulis nama pencatat sahaja .Pada bahagian akhir/penutup minit mesyuarat dicadangkan untuk diletakkan nama penuh pencatat, jawatan dan tarikh diikuti dengan penyemak dan pengesah minit mesyuarat. Contoh:


Disediakan oleh: 

  tandatangan
.......................
(NAMA PENUH PENCATAT)
Jawatan
Tarikh
Lain-lain22.02.2024
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, yang mana lebih tepat? a) the letter was signed by A - surat itu telah DITANDATANGAN oleh A @ surat itu telah DITANDATANGANI oleh A. b) they have agreed on the signing of the letter - bagaimana saya hendak terjemahkan perkataan signing dalam ayat ini? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan/puan,

Teks yang betul;
1. Surat itu telah ditandatangani oleh A

2. Kami mencadangkan terjemahan: Mereka telah bersetuju dengan menandatangani surat itu.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa23.01.2018
pihak kami akan menghantar Discharge voucher kepada pihak tuan selepas ditandatangani oleh klien kamiDischarge voucher bermaksud baucar pembayaran. Penggunaannya bergantung kepada kesesuaian konteks dan situasi ayat.Lain-lain03.10.2010
Assalam Tuan/Puan, saya kini sedang dalam proses membina ayat untuk digunakan dalam cap rasmi di mppg. adakah ayat ini sesuai digunakan? "Dokumen/Perjanjian ini telah disemak dan disahkan selamat untuk ditandatangani oleh MPPG."Lazimnya cap rasmi menanda status sesuatu proses seperti, penerimaan, penyemakan dan pengesahan. contohnya, cap - Terima, cap - Telah Disemak, dan cap - Disahkan Betul atau Disahkan seperti Salinan Asal. Kami tidak pasti dengan maksud selamat untuk ditandatangani. Sila semak semula maksud atau status proses kerja yang tersebut.Tatabahasa19.04.2015
1234

Kembali ke atas