Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditangguhkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Persoalan. "Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari" ATAU "Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari" Terima kasihAyat yang gramatis ialah Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari.Tatabahasa28.06.2012
"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014)"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapanTatabahasa09.01.2014
'mesyuarat ditangguhkan' atau 'mesyuarat ditamatkan ' Mana sata yg betul untuk digunakan semasa membuat catatan minit mesyuarat? Sekian , terima kasih.Frasa yang betul ialah mesyuarat ditangguhkanTatabahasa20.01.2010
Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B)Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai.Tatabahasa02.08.2008
Saya ingin bertanya sama ada ayat berikut betul atau tidak dalam konteks Bahasa Melayu standard. 1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi."Tatabahasa17.07.2013
Cikgu DBP, ayat berikut susunan yang mana betul? 1. Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang. 2. Puan Nor Azlina memaklumkan bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang kepada pelajar 4 Cerdas. Minta penerangan tuan juga berasaskan jawapan yang diberikan oleh tuan.Struktur binaan ayat yang betul ialah "Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang", ayat majmuk ditandai kata kerja komplemen "bahawa".
Tatabahasa26.05.2014
Salam Sejahtera Apa beza separuh dengan satu perdua dalam ayat? Bagi ayat berikut: Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai ___________. (separuh atau satu perdua yang lebih tepat) Sekian, terima kasih.Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai separuh daripada jumlah keseluruhan.Tatabahasa30.04.2015
Apakah perbezaan penggunaan "jika" dan "sekiranya" dalam ayat? Boleh bagi contoh?Kedua-dua jika dan sekiranya ialah kata penghubung yang boleh bertukar ganti. Contoh ayat: “Pertunjukan itu akan ditangguhkan jika tiada sambutan”. “Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan”.Tatabahasa21.06.2007
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu.1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara  dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat.   Tatabahasa16.05.2008
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih.1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan.
Tatabahasa12.02.2012
123

Kembali ke atas