Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanggung

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana yang betul, Kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau Kos ditangguhan oleh syarikat sepenuhnya.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. 
Sila betulkan ejaan "ditanggung"
Lain-lain04.08.2023
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung

2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan
Lain-lain14.08.2017
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distresMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaan. Makna16.08.2017
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:)Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. 
Tatabahasa28.02.2012
Orang ramai disreu supaya menghulurkan bantuan ________ mengurangan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana. Jawapan ialah ' bagi ' Nak tahu sebab kenapa kita tidak boleh guna 'demi'. Ada guru boleh bantu saya memberikan penjelasan? Terima Kasih.Kata sendi nama demi digunakan bagi membawa makna tujuan, seperti "rakyat mesti bersatu padu demi kestabilan negara". Kata sendi nama demi tidak boleh bervariasi dengan bagi. Kata sendi nama bagi (dan untuk) digunakan bagi menunjukkan kegunaan sesuatu seperti dalam contoh ayat tersebut ... Bantuan bagi/untuk mengurangkan beban ....Tatabahasa06.12.2012
Saya ingin bertanya tentang penggunaan yang betul untuk perkataan "ditanggungjamin" atau "ditanggung jamin". Sumber dalam Bahasa Inggeris adalah "Underwritten by". Terima Kasih.Salam sejahtera,

Padanan bahasa melayu bagi "underwritten by" ialah ditaja jamin oleh.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan27.09.2019
1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih.

Harap maaf, pihak kami  tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia 

Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Lain-lain11.11.2010
1.Semua orang pekrja hendaklah mematuhi etika moral di tempat kerja. 2.Susie masih tidak pasti sama ada hendak melancong ke Sarawak atau Sabah. 3.Semua kos rawatan perubatan Haji Salleh ditanggung oleh ketiga-tiga orang anak-anaknya. 4.Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada anak kesayangannya yang sedang bekerja di London. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih1. Ayat yang betul ialah Semua pekerja hendaklah mematuhi etika di tempat kerja.
2. Ayat Susie masih tidak pasti sama ada hendak melancong ke Sarawak atau Sabah adalah betul. 
3. Ayat yang betul ialah Semua kos rawatan perubatan Haji Salleh ditanggung oleh ketiga-tiga orang anaknya.
4. Ayat Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada anak kesayangannya yang sedang bekerja di London adalah betul. 



Tatabahasa01.11.2021
difinisi tanggungjawab

Sdr, 

 Tanggungjawab ialah kewajiban yangg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat tanggungjawabnya.

Makna15.04.2009
apakah maksut perkataan bertanggung jawab, berhati mulia, berperibadi mulia dan persahabatan?Maksud tanggungjawab ialah kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna05.08.2008
12

Kembali ke atas