percubaa soalan ditanya | test | Lain-lain | 29.05.2014 |
Salam Tuan, Kemanakah perginya rekod pertanyaan yang boleh kita rujuk dahulu? Sekarang saya dapati saya tidak dapat melihat rekod soalan-soalan yg pernah ditanya melalui ruang ini. Atau, bagaimanakah boleh saya merujuk kpd soalan-soalan lama yg dipernah ditanya seperti dahulu? Sibly | Untuk makluman saudara, medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah kerja mengemas kini jawapan selesai dilaksanakan. | Lain-lain | 16.08.2011 |
Merujuk kepada soalan yang ditanya pada 10/07/2014 dan jawapan yang diberi pada hari yang sama. Soalan: Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? Jawapan: Boleh. Ini ialah soalan nilai murni yang keluar dalam peperiksaan percubaan Bahasa Melayu (SJKC) pada 8/7/2014, jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah bertimbang rasa, Walaupun saya menyuarakan pendapat saya dan jawapan yang diberi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dia tidak menerima jawapan taat kepada ibubapa. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ? | Untuk makluman, dalam hal peperiksaan pihak yang menganjurkan peperiksaan dalam hal ini ialah pihak sekolah merupakan pihak yang berhak dalam hal ehwal peperiksaan termasuklah jawapan kerana sudah pasti pihak sekolah menyediakan soalan bersama dengan jawapan/ skema jawapan yang telah dipersetujui oleh pihak panitia. Jawapan kami sekadar pandangan kami, namun jawapan guru berdasarkan skema yang telah dipersetujui. Perlu diingat bahasa ialah sesuatu yang subjektif dan berkemungkinan boleh menerima pelbagai jawapan daripada satu soalan. Namun pihak penganjur mempunyai kuasa untuk memilih jawapan terbaik yang dirasakan betul berasaskan kewajaran tertentu. | Lain-lain | 15.07.2014 |
Saya telah menemukan kata 'penemusuaan' apabila melakukan pencarian di Internet. Selepas merujuk PRPM dan Kamus Dewan, saya tidak menjumpa kata tersebut. Apakah makna kata tersebut dan apakah kata dasarnya? | Makna atau maksud kata bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Berikan contoh ayat yang menggunaan kata yang ditanya sementelah perkataan yang ditanya ditemui dalam Internet. | Makna | 23.10.2018 |
Ryan Tan kelihatan gugup ketika ditanya oleh guru disiplin tentang pergaduhan itu. Apakah antonim bagi perkataan gugup yang betul tabah/gagap/tenang/bingung | Berdasarkan ayat tersebut, antonim yang sesuai bagi perkataan gugup ialah tenang. | Tatabahasa | 19.03.2014 |
Saya merujuk soalan Tatabahasa yang ditanya pada 16.08.2011 berkenaan "pun" sebagai partikel. Oleh itu, jika saya ejakan "apapun" sebagai satu perkataan, adakah ia betul? Di sini pun tidak bermaksud juga. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah apa pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
Tuan, saya ada satu soalan untuk ditanya. Ayat di bawah mana yang betul? Terima kasih. "Saya sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee. "Kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee. | Ayat yang lebih tepat ialah "Kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee. | Tatabahasa | 25.10.2015 |
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :) | Jawapan yang betul dan tepat ialah: 1. Dia seorang perempuan yang pendiam. 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi") 3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. | Tatabahasa | 17.09.2019 |
Assalam. Saya ada dua soalan. Soalan telah ditanya tetapi tidak mendapat jawapan yang tepat. 1. Adakah jika digunakan penanda wacana, subjek boleh/wajib digugurkan? 2. Adakah perkataan menciap sudah diterima sebagai terjemahan untuk "tweet" dalam aplikai twitter? | 1. Untuk makluman, penanda wacana tidak menggugurkan subjek kerana penada wacana tidak mengambil alih fungsi subjek tersebut. 2. Setakat ini, aplikasi twitter tidak pernah diterjemahkan sebagai menciap. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang ditanya sebelum itu. Apakah perbezaan antara Kata Dasar dengan Kata Tunggal? | Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan(kata tanpa imbuhan). Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Makna | 28.10.2009 |