Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu “apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas?” | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan, saya ada soalan untuk ditanyakan, dari sudut tatabahasa, adakah boleh kita gunakan kata ganti milik seperti "ku", "nya", "mereka" kepada kata nama khas, misalnya "Siti Nurhalizaku", "Abdul Rahmanku" dll? | Kata ganti diri "ku" boleh digunakan bagi nama khas. Frasa "Siti Nur Halizaku", "Abdul Rahmanku" boleh dibentuk. Namun, tiada contoh penggunaannya dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 11.06.2023 |
perlesenan | Tidak ada soalan yang ditanyakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 08.09.2011 |
leluhur antagonis | Tidak ada soalan yang ditanyakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 08.09.2011 |
pendita pendeta soldadu | Tidak ada soalan yang ditanyakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 08.09.2011 |
Apa padanan yang sesuai bagi "bridge" dalam konteks muzik/lirik lagu? Soalan yang sama pernah ditanyakan oleh pengguna lain pada tahun 2017, namun takrif yang beliau berikan tidak begitu tepat mengenai "pause". Tiada jeda dalam bahagian "bridge", ia cuma mengandungi lirik dan/atau gaya muzik yang berbeza untuk menyambungkan bahagian-bahagian lagu yang lain (korus, instrumental, dll.), justeru ia dipanggil "bridge". Dengan konteks yang berikut, saya harap pihak DBP boleh berikan atau cadangkan padanan yang sesuai untuk perkataan tersebut. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah bridge ialah perangkai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang muzik. | Istilah | 25.06.2023 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan untuk tanjak atau tengkolok. Soalan ini ditanyakan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 4 pada tahun 2023. | Penjodoh bilangan ditentukan berdasarkan bentuk. Entiti yang hampir sama bentuknya dengan tengkolok/tanjak ialah songkok. Jika sebuah songkok digunakan, maka penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah tengkolok dan sebuah tanjak. | Tatabahasa | 02.01.2024 |
Terjemahan untuk "pokok teduhan" | Soalan yang diberikan tidak jelas. Apakah terjemahan yang dikehendaki kerana istilah yang ditanyakan sudah berbahasa Melayu? | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |
Memartabatkan Pengajian Bersanad & Tarbiyah Para Murabbi Mursyid | Saudara tidak menyatakan dengan jelas apakah soalan yang hendak ditanyakan. | Lain-lain | 11.09.2014 |
bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'? | Encik Ahmad Sabri, Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 04.10.2010 |