| saya sering ditegur kerana menggunakan istilah PUAN sedangkan individu tersebut masih belum berkahwan. Dalam konteks rasmi, bolehkah saya gunakan istilah PUAN secara menyeluruh ataupun perlu disebutkan Cik juga? | Kata sapaan 'puan' merupakan kata sapaan standard/umum seperti juga dalam penggunaan kata tuan. Walau bagaimanpun sekiranya kita tahu bahawa orang yang disapa itu belum berkahwin dan beliau ltidak selesa disapa sebagai 'puan' bolehlah disapa orang tersebut dengan sapaan 'cik'. | Lain-lain | 08.05.2007 |
| Salam sejahtera. Minta penjelasan daripada tuan/puan. Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Pilih perkataan seerti bagi bohong. a. benar b. betul c.salah Adakah jawapan benar dan betul boleh diterima? Terima kasih | Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 22.04.2015 |
| Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian. | 1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
| Salam sejahtera. Minta penjelasan daripada tuan/puan. Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Pilih perkataan berlawan bagi bohong. a. benar b. betul c.salah Adakah jawapan benar dan betul boleh diterima? Terima kasih | Benar dan betul, kedua-duanya sama makna. Walau bagaimanapun jika hanya satu jawapan yang diperlukan, benar ialah perkataan yang paling tepat kerana pada kelazimannya ungkapan bercakap benar yang digunakan. | Tatabahasa | 23.04.2015 |
| Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke? Saya telahpun melihat prpm - Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Jd jakun III dlm kamus dewan edisi ke 3 ini sdh tidak blh dgunakan dlm bahasa prtuturan seharian? | Berdasarkan rujukan kami, Kamus Dewan Edisi Keempat (terkini) hanya merakamkan maksud jakun seperti yang tuan senaraikan. Tidak ada lagi maksud kiasan bagi perkataan jakun seperti maklumat yang diperoleh daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 17.06.2015 |
| Shafini Latif Jun 13th, 7:16pm Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke? | Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Selain itu, berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi. Perkataan yang sesuai ialah kolot. Kolot (adjektif) yang bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud: kaku, beku, Antara perkataan lain yang sesuai ialah hairan, iaitu 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. Untuk maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh DBP, iaitu http://prpm.dbp.gov.my | Istilah | 13.06.2015 |
| Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih. | Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
| Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih. | Soalan 1, jawapannya (b) dalam Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya. Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
| Tatabahasa | 17.05.2018 |
| Salam sejahtera tuan, berikut ialah soalan saya. 1) mengambil keputusan betul atau membuat keputusan betul? 2) Adakah ayat Baju-baju itu mahal belaka betul? Jika terdapat kata ganda yang membawa maksud adjektif, tidak boleh muncul dalam satu ayat yang sama? 3) Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan atau Ali tertarik oleh keindahan di Pulau Sipadan? Terdapat jawaban dari khidmat nasihat pada tahun-tahun yang lepas yang menyatakan bahawa kedua-dua tertarik oleh / tertarik dengan adalah betul. 4) Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping. Adakah compang-camping perlu ditukarkan kepada mencolok mata? 5) Rakyat Malaysia perlu menghargai budaya warisan kita. Adakah budaya warisan betul? Apakah perbezaan antara budaya warisan dengan warisan budaya? | 1. Membuat keputusan atau mengambil keputusan, kedua-duanya adalah betul. 2. Ayat Baju-baju itu mahal belaka adalah betul. 3. Ayat yang betul ialah Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan. 4. Ayat Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping adalah betul. Compang-camping dan mencolok mata mempunyai maksud yang berbeza. 5. Ayat budaya warisan adalah betul. Perbezaan budaya warisan dan warisan budaya adalah seperti yang berikut: Warisan Budaya ialah artifak, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Manakala Budaya Warisan ialah tamadun, peradaban yang diwarisi oleh sesuatu kaum/etnik terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang.
| Tatabahasa | 02.08.2021 |
| Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |