Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditekan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai?Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia  ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya.  Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih.Lain-lain28.10.2008
sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator ditekan sihingga kosongSebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator dikosongkan - lazimnya ungkapan ini digunakan dalam pelabelan.Tatabahasa25.03.2011
Saya ingin bertanya, dalam PRPM, ada pilihan bagi "Istilah MABBIM" dan terdapat tiga lajur, Istilah Indonesia, istilah Brunei dan Istilah Malaysia yang keluar sekiranya ditekan. Persoalan saya: 1) Adakah "Istilah Indonesia" yang dimaksudkan itu ialah istilah daripada bahasa Indonesia (ISO: ind) yang merupakan pecahan bahasa Melayu (ISO:msa)? 2) Adakah Brunei menggunakan piawaian bahasa yang sama seperti Malaysia, iaitu menggunakan Bahasa Melayu Piawai (ISO:zsm)? 2.1) Jika bukan, adakah terdapat contoh yang berbeza antara istilah dalam BM yang digunakan di Malaysia dan Bruneu? SEKIRANYA kedua-duanya sama, mengapa diwujudkan lajur istilah Brunei? 3) Bolehkah terangkan apakah perbezaan bagi bagi bahasa Melayu (zlm) dan bahasa Melayu piawai (zsm)? Adakah bahasa Melayu (zlm) berbeza dengan (msa) ? Mohon jawapan bagi kesemua persoalan tersebut. Sudah lama ia berrada dalam benak fikiran saya.Untuk makluman tuan, Istilah MABBIM terbina hasil daripada Sidang MABBIM. Anggota sidang telah bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Oleh itu, kita dapat lihat ada persamaan istilah antara ketiga-tiga negara dan ada juga istilah yang berbeza, dan kelazimannya Istilah Brunei dan Istilah Malaysia banyak persamaannya. Untuk orang awam cukup sekadar memilih Istilah Malaysia untuk digunakan dalam konteks negara kita. Khidmat Nasihat Bahasa tidak ada maklumat tentang piawaian bahasa Melayu Brunei serta perbezaan antara bahasa Melayu (zlm) dengan bahasa Melayu piawai (zsm). Melalui carian Internet tidak banyak maklumat tentang isu berkenaan dan Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyalurkan maklumat sahih daripada rujukan kami. Hal-hal yang memerlukan kajian rinci dan kajian kepustakaan perlu dirujuk kepada pihak yang berwenang yang membuat kajian tentang isu-isu berkenaan. Untuk makluman tuan, hal ehwal Sidang MABBIM ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kajian tentang isu-iau bahasa Melayu ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, dan lebih banyak lagi dilakukan oleh universiti.Lain-lain22.09.2020
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih.Lintasan pejalan kaki berisyarat maksudnya lintasan pejalan kaki yang mempunyai kemudahan lampu isyarat dan butang hijau yang boleh ditekan oleh pejalan kaki yang hendak melintas jalan di kawasan tersebut. Lintasan pejalan kaki ialah lintasan biasa bagi pejalan kaki yang hendak melintas jalan dan tidak mempunyai lampu isyarat di lintasan tersebut. Maksud bagi kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza.Lain-lain14.09.2017
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih.1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan.
4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas.
5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button.
6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet.
7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot
8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular.

Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah.
Istilah22.11.2017

Kembali ke atas