taladan akhlak atau akhlak yang diteladani Contoh ayat: Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. | Ayat yang betul: 1. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. 2. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui akhlak yang diteladani. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
Adakah entiti mithali bermaksud teladan? | Ejaan yang betul ialah misali iaitu berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani seperti ibu misali. | Makna | 18.04.2014 |
bapa Mitahli @ bapa misali????? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bapa misali. Misali membawa maksud berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani. | Ejaan | 19.08.2006 |
Salam tuan/puan, Apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai murni'? Terima kasih. | Nilai murni bermaksud pengajaran atau unsur-unsur baik atau sesuatu yang positif yang boleh diteladani. | Makna | 19.12.2014 |
Slm. Berikut adalah soalan yang ingin saya kemukakan: 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan?(ayat ini gramatis atau tidak-perlu tambah nyatakan tiga cara bagaimana...?) 2)Apakah yang dibenci Tuhan dalam sajak ini?(dibenci Tuhan atau dibenci oleh Tuhan?) 3)Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta anda kepada Tuhan?(betulkah ayat ini?) 4)Sekiranya anda seorang pemimpin,apakah ciri-ciri kepimpinan anda yang anda harap diteladani rakyat(betulkah ayat ni?) 5)Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan,bagaimanakah boleh anada mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab?(betulkah ayt ini?) Tq ;) | Ayat yang gramatis ialah; 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan? 2) Apakah yang dibenci Tuhan/oleh Tuhan dalam sajak ini? 3) Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta kepada Tuhan? 4) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harapkan diteladani oleh rakyat. 5) Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan, bagaimanakah anda mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab? | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara | Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. | Lain-lain | 19.07.2007 |
Ayat yang diberikan oleh orang lain.Apakah cara membetulkan kesalahan bahasa.Bolehkah saya tahu akan kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah? Selanjutnya,kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian.Impaknya,hubungan jiran tetangga akan menjadi salah satu benteng yang menebal untuk menuju ke arah kebaikan dari segi ekonomi negara.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri yang lebih baik.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,mereka akan memodifikasi perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.Maka,tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Menyoroti skop perbincangan yang seterusnya,negara tidak memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan.Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan.Jadilah,tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk.Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk. | Di samping itu, kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian. Impaknya, hubungan jiran tetangga akan renggang. Melihat kepada situasi masyarakat kontemporari, mereka mengubah perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera. Maka, tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya kerjasama dalam melaksanakan kehidupan seharian. (Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan. Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan. Jadilah, tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk. Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.) - Ayat ini perlu dibaiki dari segi fakta. Mohon betulkan tatabahasa dan makna) Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak tatabahasa bagi tugasan karangan. Harap maklum. | Tatabahasa | 08.07.2021 |