Kedua-dua orang penjenayah itu terpaksa___di bilik berasingan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. A dimasukkan C ditempatkan B diikatkan D dipasungkan MUNSYI, APAKAH JAWABAN YANG LEBIH TEPAT? tq | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menjadi jawapan, namun yang paling tepat ialah 'ditempatkan'. | Tatabahasa | 20.02.2012 |
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih. | Tuan, Frasa ayat yang tepat ialah: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku..... | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Saya ingin membuat pertanyaan mengenai penggunaan ayat menggunakan kata sendi samada mengguna DI atau KE bagi penggunaan perkataan DITUKARKAN dan DTEMPATKAN Contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut; 1. Pegawai ditukarkan DI DBP atau Pegawai ditukarkan KE BDP. 2. Pegawai ditempatkan DI DBP atau Pegawai ditempatkan KE DBP Harap dapat memberi pencerahan. terima kasih | Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Ayat yang betul ialah “Pegawai ditukarkan ke DBP” dan “Pegawai ditempatkan di DBP”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-266. | Tatabahasa | 04.03.2025 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "subordination of debt" merujuk kepada proses yang melaluinya sesuatu hutang ditempatkan pada taraf keutamaan yang lebih rendah dalam pemungutan hutang itu daripada aset peminjam, berbanding dengan hutang yang lain. Begitu juga istilah "subordinated debt" yang merujuk kepada hutang atau pinjaman yang ditarafkan di bawah pinjaman atau sekuriti yang lebih tinggi berhubung dengan tuntutan ke atas aset peminjam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "subordination of debt" dan "subordinated debt"? "Penarafan bawah hutang" dan "hutang bawahan" atau apa-apa istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Subordination of debt dikenali juga dengan istilah subordinated debt dan subordinated debenture dan dalam bahasa Melayu subordinated debenture diterjemahkan kepada debentur subordinat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2019 |
Bolehkah istilah "retro" digunakan dalam bahasa Melayu? Ia tiada dalam pangkalan data DBP. | "retro" merupakan bentuk imbuhan yang ditempatkan di depan sesuatu kata pinjaman daripada bahasa asing dan imbuhan ini boleh digunakan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.03.2023 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan "pelatih magang" sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "pelatih internship"? Sekiranya tidak, mohon saranan DBP bagi penggunaan tepat untuk "pelatih internship" yang ditempatkan di jabatan kerajaan. Terima kasih DBP. | Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan pelatih internship. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya ialah pelatih amali, pelatih dalaman atau pelatih praktikal. Di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, kami menggunakan Pelatih Latihan Industri bagi pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal di sini. | Lain-lain | 11.10.2023 |
Salam sejahtera, Merujuk pada lampiran gambar yang saya sertakan, saya mahukan kepastian dan kebenaran tentang pengunaan perkataan augmented dalam design tersebut, memandangkan iklan tersebut akan ditempatkan di kawasan umum. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk pengesahan tentang iklan, tuan boleh memohon melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 06.03.2017 |
"Saya sekeluarga berkelah di tepi sungai" Apakah fungsi/kelas perkataan 'sekeluarga' dalam ayat tersebut? Daripada bentuknya, 'sekeluarga' ialah kata bilangan. Tetapi, bukankah kata bilangan mesti ditempatkan di depan Kata Nama? Fungsi kata bilangan ini nampaknya berlainan dengan kata bilangan yang lain. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan perbezaannya. Terima kasih | Sekeluarga dalam konteks ayat tersebut ialah Frasa Nama (Saya Sekeluarga). | Tatabahasa | 01.02.2017 |
Salam sejahtera. Saya hendak tahu maksud dan terjemahan untuk frasa "agent-in-place" dalam ayat di bawah: "The U.S. Department of Justice had hired him as an agent-in-place at his Fatherland and International editorial offices." Adakah ia bermaksud "ejen sementara" atau sekadar diterjemahkan menjadi "ejen yang ditempatkan"? Terima kasih.. | Padanan bahasa Melayu bagi “agent-in-place” untuk ayat tersebut ialah staf pinjaman. | Makna | 23.06.2021 |
Apa maksud "pentempatanan"? | Maaf. Tidak terakam kata terbitan pentempatanan dalam data kamus DBP. Penggunaan kata ini masih kurang dan tidak jelas makna dan konsepnya. Ada kemungkinan kata terbitan ini membawa maksud proses atau perbuatan untuk menjadikan sesuatu atau seseorang bersifat tempatan (peN- + tempatan + -an). Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ada merakamkan petempatan dengan makna 1. kawasan yang ditempati atau ditempatkan untuk sekumpulan orang, penduduk dan sebagainya dan 2. Geografi tempat atau kawasan yang diduduki oleh individu atau sekumpulan orang yang mungkin terdiri daripada beberapa atau sekumpulan rumah kediaman. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini. | Makna | 20.02.2024 |