Wan Baharudin Wan Ismail 11hb September Apakah gaya bahasa Indonesia "ditemukan" (sebenarnya "ditemui") kini diterima sebagai Bahasa Malaysia? cth : "Hasil pemeriksaan, sebilah parang telah DITEMUKAN." | Ditemukan ialah bentuk pasif menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Perkataan menemukan/ditemukan lazimnya digunakan bagi menterjemahkan maksud find dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2017 |
Assalamualaikum. Saya hendak tanya mengenai pengunaan perkataan 'ditemukan'. Contoh seperti keratan yang saya lampirkan. Apa beza ditemukan dan ditemui? Adakah pengunaan perkataan 'ditemukan' bersesuaian dengan berita tersebut. Terima kasih. | Alaikumussalam. Maksud ditemukan ialah "menjumpai sesuatu yang dicari". Perkataan ini sesuai untuk ayat pada berita tersebut. | Lain-lain | 31.12.2014 |
Semenjak kebelakangan ini saya lihat media mula menggunakan perkataan 'ditemukan' dalam ayat mereka. Contoh : satu mayat ditemukan di.. , jika tidak sebelum ini mereka menggunakan perkataan 'ditemui'. Mohon penjelasan. | Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat berdasarkan contoh ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 05.09.2015 |
pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian. | Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai. | Tatabahasa | 28.06.2018 |
Saya ingin bertanya tentang perbezaan maksud dan penggunaan imbuhan bagi kata "ditemukan" dan "ditemui" berdasarkan kekerapan pihak akhbar mula menggunakan kata ditemukan sejak akhir-akhir ini. | Ditemukan ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala ditemui ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui".
| Makna | 06.04.2015 |
Saya menerima penjelasan "Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai." tetapi itu bukan soalan saya. Soalan saya: Adakah penggunaan tersebut betul kerana konteks penggunaannya seolah-olah janggal pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian. | "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 28.06.2018 |
yang manakah yang betul Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar. atau Batu tersebut telah ditemui di Kuala kangsar | Ayat yang betul ialah 'Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar' kerana kata terbitan ditemukan lebih tepat untuk terjemahan found something dalam bahasa Melayu, manakala kata ditemui ialah terjemahan meet somebody dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ? | 1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB... 2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". | Tatabahasa | 29.06.2018 |
Bolehkan ayat "Mayat itu ditemukan dalam keadaan hangus"? | Ayat yang lebih tepat ialah "mangsa kebakaran/kemalangan ditemukan dalam keadaaan hangus". | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Kebelakangan ini banyak akhbar dan media elektronik menggunakan perkataan "di temukan" sebagai ganti kepada perkataan "di temui". Contoh; "mayat berkenaan telah ditemukan pada jam 9.00pagi ditepi sungai..." Apakah betul penggunaan perkataan "di temukan" yang sangat berleluasa penggunaannya ketika ini? | Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat berdasarkan contoh ayat yang diberikan. | Lain-lain | 13.10.2017 |