Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditemukan ditemui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pasukan penyelamat telah berjaya ( menemui / menemukan ) Ali yang tersesat di hutan. 2. Ali telah ( ditemui / ditemukan ) pasukan penyelamat.Merujuk Kamus Dewan menemui sama maksud dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu kedua-duanya boleh menjadi jawapan dalam ayat pertama. Merujuk rumus tatabahasa pula apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Oleh itu, kata ditemui dan ditemukan boleh menjadi jawapan bagi soalan yang kedua.Tatabahasa29.03.2011
Wan Baharudin Wan Ismail 11hb September Apakah gaya bahasa Indonesia "ditemukan" (sebenarnya "ditemui") kini diterima sebagai Bahasa Malaysia? cth : "Hasil pemeriksaan, sebilah parang telah DITEMUKAN."Ditemukan ialah bentuk pasif menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Perkataan menemukan/ditemukan lazimnya digunakan bagi menterjemahkan maksud find dalam bahasa Melayu.Tatabahasa11.09.2017
Assalamualaikum. Saya hendak tanya mengenai pengunaan perkataan 'ditemukan'. Contoh seperti keratan yang saya lampirkan. Apa beza ditemukan dan ditemui? Adakah pengunaan perkataan 'ditemukan' bersesuaian dengan berita tersebut. Terima kasih.Alaikumussalam.  Maksud ditemukan ialah "menjumpai sesuatu yang dicari".  Perkataan ini sesuai untuk ayat pada berita tersebut.Lain-lain31.12.2014
Saya ingin bertanya tentang perbezaan maksud dan penggunaan imbuhan bagi kata "ditemukan" dan "ditemui" berdasarkan kekerapan pihak akhbar mula menggunakan kata ditemukan sejak akhir-akhir ini.Ditemukan ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala ditemui ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui".
Makna06.04.2015
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa28.08.2009
Semenjak kebelakangan ini saya lihat media mula menggunakan perkataan 'ditemukan' dalam ayat mereka. Contoh : satu mayat ditemukan di.. , jika tidak sebelum ini mereka menggunakan perkataan 'ditemui'. Mohon penjelasan.Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat  berdasarkan contoh ayat yang diberikan.Tatabahasa05.09.2015
Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ?1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB...

2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". 
Tatabahasa29.06.2018
yang manakah yang betul Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar. atau Batu tersebut telah ditemui di Kuala kangsar

Ayat yang betul ialah 'Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar' kerana kata terbitan ditemukan lebih tepat untuk terjemahan found something dalam bahasa Melayu, manakala kata ditemui ialah terjemahan meet somebody dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa07.03.2011
Saya menerima penjelasan "Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai." tetapi itu bukan soalan saya. Soalan saya: Adakah penggunaan tersebut betul kerana konteks penggunaannya seolah-olah janggal pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian."Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur.Tatabahasa28.06.2018
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda.1. (b) manisan. 2. (c) ditemui.Tatabahasa26.02.2009
12

Kembali ke atas