Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
bagaimanakah format sebenar minit mesyuarat dan minit tercerai | Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Minit curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Lain-lain | 27.11.2010 |
apa maksud BILANGAN TERTENTU | Maksud bilangan merujuk Kamus Dewan ialah jumlah (banyak) barang dan lain-lain. Tertentu pula ialah sudah ditentukan, dengan kata lain ialah jumlah yang telah ditentukan. | Makna | 05.12.2009 |
Saudara, Bagaimana saya boleh dapatkan contoh cara menaip surat dan memo rasmi yang betul. | Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Untuk rujukan umum, saudara boleh rujuk buku Kesantunan Berbahasa dan Tertib Mengarang, Awang Sariyan, DBP. | Lain-lain | 13.02.2012 |
1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH) | Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja. 2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan. 3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan. | Tatabahasa | 14.09.2012 |
apakah syarat2 pertandingan menulis cerpen sekolah menengah? | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Syarat-syarat pertandingan menulis cerpen sekolah menengah pada kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor antaranya: tujuan pihak penganjur yang mengadakan pertandingan, tema yang ditentukan, skop pertandingan (tidak terbuka kepada umum), jumlah perkataan yang ditentukan dan lain-lain. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memenuhi kepada pertanyaan sdr. Sekian dan salam. | Lain-lain | 07.12.2008 |
apakah maksud spesifikasi? | Spesifikasi ialah butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu; perincian (tentang sesuatu) | Makna | 06.05.2008 |
salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan? | Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama. | Lain-lain | 21.11.2017 |
Apakah maksud kerja secara bebas? | Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu. | Makna | 22.02.2019 |
menjalankan dengan menjalani apakah perbezaannya | Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan men...i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan men..kan dengan men..i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga. Antaranya fungsi apitan men..kan menandakan kausatif, manakala apitan men..i menandakan lokatif. 2. Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan men...kan dan men i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men..kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan men...i menerima objek yang bernyawa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 205-207. | Tatabahasa | 05.09.2008 |