Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diterangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjelasan Hukum DMHukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan (D) merupakan unsur inti dan menerangkan (M)merupakan unsur penerang, contoh guru lelaki, rumah besar dan sebagainya.Tatabahasa31.07.2009
Boleh terangkan kepada saya dengan lebih mendalam mengenai hukum D-M beserta dengan cara penggunaannya.

Saudara,

Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : orang(diterangkan)besar(menerangkan); guru(diterangkan)bahasa(menerangkan); lampu(diterangkan) minyak(menerangkan). 

Tatabahasa09.08.2010
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
ayam kari atau kari ayam? alasannya. TQ

Saudara/Saudari,

Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam.

Tatabahasa04.09.2012
Seperti yang diterangkan melalui Khidmat Nasihat, singkatan bagi kata ganti diri aku dan kamu, iaitu ku and mu, tidak boleh di pisahkan dengan perkataan yang ada sebelum atau sesudahnya. Bagaimana pula dengan contoh berikut: "tidak ku fikir" atau "tidakku fikir". Adakah terdapat situasi dimana ianya boleh dipisahkan? Terima kasih!
Kata ganti nama diri singkat ku dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Jadi perkataan yang betul ialah "tidakku fikir".
Tatabahasa29.04.2020
SALAM, MINTA DITERANGKAN MAKSUD HALATUJU SECARA TERPERINCI.Hala tuju ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi.Makna17.10.2010
apakah yang dimaksudkan dengan Hukum D.MHukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang bermaksud D= diterangkan dan M=menerangkan. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut/ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dll. Bagi contoh hal-hal lain, yang diterangkan ialah "hal-hal" manakala yang menerangkan ialah "lain".Tatabahasa23.07.2007
Seperti yang diterangkan Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Soalan :Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka. Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan. (A) Ayah dibelikan oleh Abu sebuah hadiah dari Melaka. (B) Ayah dibelikan sebuah hadiah dari Melaka oleh Abu. [Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?]Ayat aktif:  Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka.

Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan.
(A) Ayah dibelikan oleh Abu hadiah dari Melaka. - Betul
(B) Ayah dibelikan hadiah dari Melaka oleh Abu. Salah
[Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?]

Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Objek boleh terdiri daripada manusia.
Tatabahasa26.10.2015
hukum DMHukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang bermaksud D= diterangkan dan M=menerangkan. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut/ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Bagi contoh hal-hal lain, yang diterangkan ialah "hal-hal" manakala yang menerangkan ialah "lain".Tatabahasa21.04.2010
Apakah Makna DM

Puan Marjina,

Makna Hukum DM ialah yang diterangkan(D) dan yang menerangkan(M). Yang diterangkan ialah unsur inti dan yang menerangkan ialah unsur penerang. Contoh, Klinik Anita, guru bahasa, lampu gas, serbuk perasa dsb.

Tatabahasa06.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas