Salam. Kelompangan atau Kelompongan. Bagaimana kita guna perkataan 'sejurus'? 'ditetapkan kerajaaan' atau ditetapkan oleh kerajaan? Terima kasih. | 1. Penggunaan yang betul ialah kelompangan. 2. Sejurus bermaksud sekejap; sebentar. Contoh ayat: Sejurus kemudian, Aminah pun keluar dari biliknya. 3. Penggunaan yang betul ialah ditetapkan oleh kerajaan. | Tatabahasa | 20.02.2021 |
Apakah maksud “standard input” dan standard output?Kedua-dua standard itu boleh ditetapkan atau tidak? | Standard input dan standard output boleh ditetapkan bergantung pada piawaian yang ditetapkan. | Lain-lain | 09.07.2022 |
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. | Tatabahasa | 30.10.2022 |
Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Tarikh perlu ditetapkan oleh pihak tuan atau pihak tuan tetapkan? Penggunaan dalam e-mel atau surat kiriman,pihak tuan merujuk kata ganti diri kedua atau ketiga? | Frasa yang betul ialah “Tarikh perlu ditetapkan oleh pihak tuan”. “Pihak tuan” merupakan kata ganti nama kedua dalam penulisan e-mel atau surat kiriman rasmi. | Tatabahasa | 19.10.2023 |
Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Salam sejahtera. Mana satukah perkataan yang betul: "Kita mesti patuh pada/ kepada peraturan yang ditetapkan oleh sekolah." "Pada" digunakan untuk merujuk tempat dan masa. Sedangkan "kepada" untuk merujuk sasaran. Menurut pendapat saya, ayat di atas sesuai menggunakan "kepada" kerana merujuk sasaran, iaitu "peraturan". Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Kita mesti patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh sekolah. | Lain-lain | 11.07.2014 |
Salam sejahtera. 1. Adakah penggunaan perkataan 'paras' bagi ayat ini betul: Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. 2. Adakah penggunaan perkataan 'bekas' bagi ayat ini betul: Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Kalau tidak betul, sila cadangkan perkataan yang sesuai. Terima kasih. | 1. Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. Betul. 2. Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Ayat ini perlu diubah menjadi Harta peninggalannya menjadi rebutan anak-anaknya. | Tatabahasa | 02.09.2022 |
Apakah istilah yang ditetapkan untuk pen drive ? | Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena. | Makna | 17.06.2010 |
Adakan waktu dalam bahasa melayu telah ditetapkan?Contohnya pukul berapa hingga pukul berapa ialah pagi,tengah hari,petang,malam dan sebagainya.Adakah ini telah diteteapkan? | Waktu diatur seperti yang berikut: 1.00 pagi hingga 11.59 pagi 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari 2.00 petang hingga 6.59 petang 7.00 malam hingga 11.59 malam 12.00 tengah malam hingga 12.59 tengah malam | Lain-lain | 22.05.2010 |