| Salam Tuan/ Puan, Apakah perbezaan dipertimbangkan dan ditimbangkan? | Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Hal itu akan dipertimbangkan kepada pihak mahkamah. Dalam buku Kamus Dewan, dipertimbangkan bermaksud 1. memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan), menimbangkan; 2. memberikan untuk ditimbangkan, meminta untuk ditimbangkan, contoh ayat:peraduan novel itu dipertimbangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 02.07.2014 |