Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditinggalkan

Puisi
 

Mari hinggap di pohon rimbu,
     Sayang selasih di tepi perigi;
Setiap hari ku menanggung rindu,
     Kerana kasih ditinggalkan pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kura-kura di kaki ditinggalkan,
     penyu di pantai dikejar.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(30)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aspek makna akhiran -kan & -i Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1. Polis menemui kereta yang ditinggalkan penjenayah. 2. Polis menemukan kereta yang ditinggalkan penjenayah. Atas khidmat nasihat yang diberikan, didahului ucapan sesamudera terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menemui sama makna dengan menemukan iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu, ayat 1 dan ayat 2 adalah betul.Tatabahasa02.03.2009
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128&#LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.)Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Lain-lain23.04.2020
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata .kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata .Tatabahasa11.09.2008
Makna Kesan dan impak

Kesan bermaksud: 1. tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, ; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian; dan 3. pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dan sebagainya) yang timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu; manakala impak pula bermaksud kesan yang ketara, ataupun disebut juga dampak.

Makna05.04.2010
PERHATIAN~ PIHAK PENGURUSAN, ANSARY CAR WASH ~KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI, SILA PASTIKAN TIADA BARANG BERHARGA DITINGGALKAN DALAM KERETA KETIKA KERJA-KERJA MENCUCI DILAKUKAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG BERHARGA ANDA YANG HILANG. SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila kemukakan pertanyaan anda.Lain-lain03.09.2014
Adakah perlu diletakan tanda noktah selepas dialog berakhir: “Jika kamu semua datang sekali lagi, maka bawalah bersama saudara kamu yang ditinggalkan dengan bersama bapa kamu. Adakah kamu tidak melihat bahawa aku memberi bekalan makanan yang kamu inginkan secukupnya dan akulah sebaik-baik orang yang memberi layanan kepada tetamu?”.Ya, tanda noktah perlu diletakkan selepas dialog berakhir seperti contoh yang telah diberikan.Ejaan23.09.2020
AYAT YANG MANA SESUAI DIGUNAKAN " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" ATAU " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM PESAKIT DITINGGALKAN" ATAU PIHAK TUAN BOLEH MENCADANGKAN AYAT YANG LEBIH SESUAI UNTUK DILETAKKAN DI PAGAR KATIL PESAKIT DI WAD. TERIMA KASIHAyat yang sesuai ialah "SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT"Tatabahasa19.01.2018
Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati  pusaka
 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal.
 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun
Tatabahasa03.07.2018
catatan China pedagang Cina Adakah ejaan yang sama atau berbeza?

Catatan China merujuk kepada bentuk tulisan yang ditinggalkan oleh kerajaan Negara China pada  masa itu, dan ini merujuk kepada negara tersebut. Manakala Pedagang Cina merujuk kepada orang yang melakukan kegiatan urus niaga. Oleh itu, kedua-dua ejaannya berbeza.

Ejaan05.09.2017
Salam sejahtera Tuan. Saya ialah pengguna Khidmat Nasihat DBP. Syabas saya ucapkan atas kualiti perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, saya hendak bertanya tentang perkhidmatan Pertanyaan dan memberikan maklum balas. Saya sering kali menyedari bahawa terdapat maklumat penting yang ditinggalkan selepas pertanyaan dihantarkan. Apakah cara penyelesaian masalah di atas yang terbaik? Jikalau terdapat pilihan untuk mengubah suai pertanyaan, masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Walau bagaimanapun, hal ini pasti menimbulkan masalah kepada bahagian Tuan untuk merombak semula sistem. Hal ini turut merumitkan kerja menjawab pertanyaan. Bolehkah saya menghantar pertanyaan sekali lagi, setelah diubah suai pertanyaan yang lama? Mungkin cara penyelesaian yang terbaik ialah pengguna menulis versi draf dan menghantar pertanyaan selepas memurnikannya. Terima kasih. Saya memohon maaf atas e-mel yang panjang. Yu Cheng Pengguna Khidmat Nasihat DBPSalam sejahtera,

Sistem Khidmat Nasihat DBP.

Terima kasih atas pertanyaan saudara. Kami di Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil maklum tentang permasalahan tersebut. Pihak kami mencadangkan agar saudara menulis draf soalan terlebih dahulu. Cara ini merupakan salah satu langkah yang baik bagi memastikan tiada kesilapan dalam soalan tersebut dan sekiranya ada kesilapan, boleh disunting semula.


Pihak kami akan terus menambah baik sistem Khidmat Nasihat DBP dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini. 


Terima kasih.
Lain-lain19.01.2022
123

Kembali ke atas