1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen? | 1 Kriteria pemilihan: (i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara. (ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja). (iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran. (iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas. 2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak. 3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku. | Lain-lain | 28.04.2008 |
jika saya ingin membuat tentang penggunaan gaya bahasa diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, apakah yang perlu dititikberatkan ? | Untuk maklumat lanjut berkenaan gaya penulisan diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, tuan boleh menghubungi Bahagian Penerbitan Sastera di talian 03-21479434. Terima kasih. | Sastera | 14.08.2014 |
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Berikut ayat yang telah disemak. 1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi. 2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Apabila menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa. 4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Nama saya Abdul Aiman pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengajukan satu soalan.Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berminat dan mengalukan sekiranya kami ingin mengetengahkan hasil penulisan karya pelajar ke dalam majalah-majalah pihak DBP.Inisiatif ini bagi menggalakkan penulisan karya dalam kalangan pelajar disamping untuk mengasah bakat dan menggalakkan para pelajar dalam menghasilkan karya-karya.Usaha ini sesuai dengan matlamat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu disamping melahirkan pelajar berintelek dalam berkarya seterusnya melahirkan serta mengcungkil bakat pelajar yang terpendam.Moga-moga usaha ini dapat dititikberatkan oleh pihak DBP.Moga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan diatas keputusan pihak tuan dalam memutuskan apa jua keputusan.Moga keputusan tersebut memberi faedah bersama. | Assalamualaikum/ Selamat sejahtera, Tuan/ Puan yang dihormati, Waalaikumussalam Encik Abdul Aiman. Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami dari Bahagian Majalah sangat mengalu-alukan kiriman karya daripada penulis. Untuk makluman tuan, bagi penulis dalam kalangan remaja atau pelajar dari Institut Pendidikan Guru atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, majalah yang sesuai untuk penghantaran karya ialah majalah Dewan Siswa (DS) danTunas Cipta (TC). Tuan dan rakan bolehlah menghantar karya kreatif (cerpen atau puisi) dan karya bukan kreatif (rencana, berita dan lain-lain) kepada editor majalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah merujuk ruangan yang disediakan dalam majalah yang berkaitan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang karya diperlukan. Tuan dan rakan bolehlah e-melkan karya yang berkaitan kepada editor DS melalui e-mel, yusaida@dbp.gov.my dan penolong editor DS, suhaila@dbp.gov.my atau editor TC melalui e-mel, noorisa@dbp.gov.my dan penolong editor TC, syafiqahkhalid@dbp.gov.my. Selamat berkarya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2019 |
Saya memohon jasa baik pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengemukakan definisi, perbezaan beserta contoh penggunaan ayat bagi perkataan di bawah: 1) Kesamarataan; dan 2) Kesaksamaan | Dalam Kamus Dewan, kesamarataan bermaksud sifat atau keadaan yang sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain), contoh ayat anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kesamarataan antara lelaki dengan perempuan; dan kesaksamaan bermaksud perihal saksama (teliti, adil, dll), contoh ayat kesaksamaan, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim amat dititikberatkan. | Makna | 04.08.2017 |