Selamat sejahtera Tuan/ Puan, 1) Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju / Selepas masa sejam, kami tiba di destinasi yang ditujui? Yang manakah merupakan ayat yang tepat? Adakah penggunaan frasa 'selepas satu jam' salah dari segi bahasa? Destinasi yang dituju / ditujui, yang manakah merupakan imbhan yang betul? 2) Saya bertukar / menukar pakaian untuk berenang di laut. Yang manakah merupakan pengimbuhan yang betul? 3) Adakah frasa 'menikmati pemandangan laut yang indah' salah dari segi bahasa? 4) Bolehkah penanda wacana seperti selepas itu, tidak lama kemudian digunakan dalam permulaan penulisan berformat catatan? Contohnya, 12:00 tengah hari Tidak lama kemudian, kami menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Terima kasih. | 1. Ayat yang tepat ialah, “Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju”. Frasa “selepas satu jam” adalah betul dari segi tatabahasa. 2. Saya (bertukar/menukar) pakaian untuk berenang di laut. Kedua-duanya boleh digunakan. 3. Frasa “menikmati pemandangan laut yang indah” adalah betul. Tiada format khusus yang boleh dirujuk untuk penulisan catatan. Walau bagaimanapun, kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Frasa penanda wacana “selepas itu” adalah merupakan penghubung tempoh yang merupakan penanda yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Frasa “tidak lama kemudian” pula boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 16.04.2022 |
Adakah istilah Tuan boleh merujuk kepada lelaki dan perempuan bila menyediakan surat rasmi? Jika surat rasmi dituju kepada wanita, contoh Puan Kamariah. Adakah Tuan boleh digunakan. Seperti YBrs. Tuan, | Sekiranya surat rasmi jelas dituju kepada wanita, sapaan yang betul ialah YBrs. Puan,. | Makna | 06.08.2024 |
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
bilakah penggunaan ke dan kepada | Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atua frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Sila rujuk Tatabahasa DEwan Edisi Ketiga, halaman 266 dan 272. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi atau di destinasi. | Ayat yang betul ialah "Setengah jam kemudian, kami tiba ke destinasi". ke - menunjukkan tempat atau arah yang dituju | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Salam sejahtera. Adakah ayat yang berikutnya betul? Kami telah sampai di destinasi yang ditujukan. Kami telah sampai ke destinasi. Terima kasih. | Salam sejahtera. Jawapan yang betul ialah "Kami telah sampai ke destinasi yang dituju." | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Mana yang betul: 1. Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti ATAU 2. Abang melanjutkan pelajarannya di universiti. | Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti'. | Tatabahasa | 27.08.2007 |
Ayat: Halim melanjutkan pelajaran ke universiti. Ayat: Halim melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Halim melanjutkan pelajarannya ke universiti'. | Tatabahasa | 22.11.2012 |
kemasukan warga asing "ke" negara ini atau kemasukan warga asing "di" negara ini ? Apakah perbezaan antaranya? | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Dalam ayat di atas, kata sendi nama "ke" lebih tepat digunakan kerana perkataan "kemasukan" membawa maksud perihal masuk, dan "negara ini" membawa maksud tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 09.01.2021 |
Assalamualaikum wbt. Pohon bantuan pihak tuan untuk menerangkan perbezaan penggunaan ke dan kepada. Terima kasih. | Ke dan kepada merupakan kata sendi, ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, contohnya ke utara; manakala kepada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad, contohnya mengirim surat kepada adiknya. | Tatabahasa | 02.03.2010 |