Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditujukan

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berhubung dengan surat rasmi. Surat ditujukan kepada sebagai contoh: Tn. Hj. Hailani Bin Surit Ketua Kampung Tok Muda Persoalannya : Di dalam isi kandungan surat tersebut, perkataan yang ingin ditujukan kepada beliau adalah sama ada menggunakan perkataan Tuan atau Tn. Hj? Perkataan yang manakah betul digunakan?Selamat ptg.
Kata sapaan ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. Sekian, terima kasih.
Istilah30.05.2016
Selamat petang. Saya mahu bertanya, kalau penghargaan macam ini. Apakah tanda baca yang sesuai? Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua pihak yang berikut atas sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan. - Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia - Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia - Semua pihak yang terlibat dalam proses penebitan buku ini Jadi, perlu letak apa2 tanda baca tak selepas JKJR, Bahagia BUku teks dan semua pihak yang terlibat itu?Dicadangkan supaya ditulis seperti ini: Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat kerana sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan.Lain-lain02.09.2015
Salam Surat rasmi yang ditujukan kepada pelajar lelaki dan perempuan, adakah sapaan menggunakan saudara/saudari atau memadai saudara sahaja? Terima kasih.

Saudara bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan lelaki yang sederhana kedudukannya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1973.

Saudari bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan perempuan yang sederhana kedudukannya, yang tidak diketahui namanya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1974

 

Namun, dalam penulisan surat rasmi dicadangkan penggunaan kata sapaan tuan atau puan bagi mewakili penerima lelaki atau perempuan, sama ada sudah atau belum berkahwin.

Makna06.11.2025
surat rasmi: Penerima adalah perempuan. Surat yang ditujukan adakah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’? Mohon penjelasan.Sapaan yang sesuai ialah PuanEjaan11.01.2021
surat rasmi:  Penerima adalah perempuan.  Surat yang ditujukan adakah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’? Mohon penjelasan.Sapaan yang betul ialah PuanTatabahasa11.01.2021
Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan Surat yang ditujukan kepada agensi Kerajaan. Surat rasmi kerajaan kepada penerima perempuan contonya puan siti (tahu jantina penerima) adakah sapaan hormat yang digunakan TUAN ataupun perlu guna sapaan PUAN. puan siti ini adalah pegawai kerajaan.

Kata sapaan yang betul ialah "puan" sekiranya pengirim sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita.

Lain-lain20.05.2024
bahasa romantis dalam karya modenIstilah ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; karya yang cenderung kepada keagugan, perasaan dan kecantikan. Salam.Lain-lain12.07.2008
Azmi membaca buku di atas meja. Berdasarkan ayat yang ditujukan, adakah frasa kata sendi( di atas meja ) digunakan dengan betul? Frasa kata sendi itu merujuk kepada perbuatan atau lokasi buku?Ayat yang betul ialah: Azmi membaca buku di meja. Dalam konteks ayat ini, frasa sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat atau lokasi.Tatabahasa09.05.2012
Bolehkah saya menggunakan perkataan TUAN di dalam surat rasmi yang ditujukan kepada pegawai wanita.

Jika penerima surat tersebut sememang diketahui seorang perempuan, maka sapaan yang betul ialah  "puan".  Kata sapaan "tuan", lazimnya digunakan atas nama jawatan sekiranya  pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat.

Lain-lain18.03.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat yang berikutnya betul? Kami telah sampai di destinasi yang ditujukan. Kami telah sampai ke destinasi. Terima kasih.Salam sejahtera.
Jawapan yang betul ialah "Kami telah sampai ke destinasi yang dituju."
Tatabahasa19.08.2013
1234567

Kembali ke atas