Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditukarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
Jika di dalam satu ayat mempunyai dua ayat pasif, adakah kedua-dua ayat itu perlu ditukarkan kepada ayat aktif?(Contohnya) 1. Buku saya pinjamkan itu telah dikembalikannya.Apabila ayat pasif gabungan ditukarkan kepada bentuk aktif, maka kesemua ayat yang terkandung dalam ayat tersebut berubah kepada bentuk aktif.Tatabahasa24.07.2012
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014
Boleh ke ditukarkan ayat "Lain-lain keistimewaan bagi orang-orang di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". kepada "Keistimewaan lain bagi individu di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6".

Puan Azia, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat yang Puan berikan tidak boleh ditukarkan kerana ayat pertama membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan ayat kedua. Terima kasih

Makna07.09.2009
Salam sejahtera, Soalan: Saya menghadiahi Ali sebuah basikal. Jika ditukarkan kepada ayat pasif, adakah berbunyi begini: Jawapan: Sebuah basikal saya hadiahi Ali. Atau salah. Jika salah, mengikut objek tepat dan objek sipi seperti yang pernah saya email kepada DBP: Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat.... ditukarkan pasif akan jadi: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda. Terima kasih.

Ayat pasif ialah Ali dihadiahi saya sebuah basikal atau ayat pasif songsang menjadi Saya hadiahi Ali sebuah basikal.

Tatabahasa30.07.2010
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih.Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu.Istilah01.02.2012
Adakah "mendengar radio" boleh ditukarkan sebagai "mendengar muzik" ?Boleh digunakan.Tatabahasa05.07.2010
isu kenapa bahsa melayu ditukarkan kepada bahasa malaysia.sebenarnya tidak ada isu yang seharusnya timbul mengenai penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Lihat Perlembagaan Malaysia Perkara 152 menjelaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan mengikut dalam kontrak sosialnya pun semua rakyat Malaysia telah bersetuju untuk memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semasa kita menuntut kemerdekaan. Terima kasih.Lain-lain03.10.2007
Akum, saya masih keliru ayat biasa yang telah ditukarkan daripada ayat songsang yang saya bagi tempoh hari iaitu : Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Ada pendapat mengatakan bahawa ayat di atas masih ayat songsang. Bagaimana nak kenal pasti ayat di atas ialah ayat biasa ?Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. - ayat ini ayat songsang, keseluruhan predikatnya  'cantik sungguh' dipindahkan ke hadapan subjek 'pemandangan di pantai pada waktu senja'. Unsur yang dikedepankan itu yang hendak diberikan penegasan.Tatabahasa19.05.2011
VISUAL IKLAN KUMPULAN MAYBANK - MENGINSANKANCADANGAN MENGINSANKAN DITUKARKAN KEPADA MESRA PENGGUNA.Lain-lain07.03.2011
123456

Kembali ke atas