Tulis tangan Nur Ain yang cantik dan kemas yang ditulisnya memudahkan gurunya menyemak jawapan. adakah tulis tangan salah dalam ayat ini? kertas tangan adakah lebih sesuai digunakan? TK | Jawapan yang betul ialah tulisan tangan, iaitu sesuatu yang ditulis. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Adakah ayat-ayat yang berikut betul? Jika salah, bagaimanakah ayat itu perlu dibina? 1. Berapakah biji epal dia makan? 2. Berapa biji epalkah dimakannya? 3. Buku itu ditulis olehnya. 4. Buku itu ditulisnya. 5. Buku itu ditulis oleh dia. 6. Berapakah lama dia mandi? 7. Berapa lamakah dia mandi? 8. Bukit manakah yang didakinya? 9. Bukit yang manakah didakinya? 10. Apakah yang dibawa Ali? 11. Ali yang membawa beg. 12. Ali membawa beg. 13.Cikgu menulis di atas papan hitam. 14. Cikgu menulis pada papan hitam. | Ayat yang betul ialah ayat 1, 3, 4, 5, 7, 8, 9, 11, 12, 14. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Ediis Ketiga, halaman 441 bagi membantu saudara memahami aspek ayat tanya. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Bab 9 buku "Olih atau Oleh" terbitan DBP menerangkan penggunaan kata ganti singkat. (1) Adakah penerangan dalam bab ini bersandarkan Tatabahasa Dewan? (2) Adakah DBP mengiktiraf pandangan penulis itu? | Penulis tersebut merupakan salah seorang karyawan DBP. Segala apa yang ditulisnya seharusnya mengikut rujukan utama di DBP. | Lain-lain | 10.04.2009 |
Assalamualaikum, Bilakah masa kita menggunakan tanda bacaan (") dan bila pula menggunakan (' ) dalam ayat? | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. | Tatabahasa | 27.07.2020 |
Selamat petang, boleh tolong jelaskan penggunaan tanda baca "..." dan '...' . Apakah perbezaannya? | Tanda Petikan (" " ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti: a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin. b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains. c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda Petik Tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contoh: "Amboi, sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim. | Lain-lain | 29.09.2014 |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan tanda baca. Bilakah tanda baca pembuka dan penutup kata paling tepat digunakan (" ")? Sekiranya kita merujuk tajuk dalam syarahan, adakah perlu menggunakan satu pembuka kata sahaja (') kerana cara ini yang sering digunakan dalam kertas peperiksaan. Sekiranya merujuk tajuk buku atau cerpen, kita perlu menggunakan (" ") bukan? Terima kasih. | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi "orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ") atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.
| Tatabahasa | 03.08.2012 |
bila harus guna tanda baca ini (" ") | Untuk makluman sdr penggunaan tanda baca petik (" ") adalah seperti yang berikut: (a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung dsb. (b) penulisan dailog (penulisan kreatif); "Bila sampai?" tanya Ali. (c) mengapit judul rencana, karangan, puisi, dan bab buku yang dipakai dalam kalimat.; (i) Rencana yang ditulisnya " Manusia dan Alam Sekitar" diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa. (ii) Sajak " Bahasaku" , karya Ali telah terpilih sebagai pemenang utama dalam pertandingan sayembara puisi. (d) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus; Ayu sedang menyediakan "anatomi" halaman buku itu. | Tatabahasa | 19.06.2009 |
Salam sejahtera. Mohon rujuk lampiran fail kerana soalan tersebut tidak dapat dihantar dalam ruangan soalan. | Tanda petik tidak boleh digunakan bagi perkataan tersebut. Berdasarkan buku Gaya Dewan, tanda petik (“…”) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut: - Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.
Contoh: “Bila sampai?” tanya Husin - Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.
Contoh: Rencana yang ditulisnya, “Manusia dan Alam Sekitar” terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains - Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini. Bagi tanda petik tunggal (‘…’) pula, tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baru’, batang hidungnya pun tak Nampak,” sindir Hisyam. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 77. | Tatabahasa | 27.01.2023 |
Saya ingin bertanya tentang perbezaan tanda petik tunggal dan berganda . | Tanda petik berganda (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi 3 halaman 77 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.08.2022 |