Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditumbuhi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud hutan kita khazanah kita?Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain09.02.2007
Apakah penjodoh bilangan bagi "hutan"? Apakah terjemahan yang terbaik bagi "a forest of growing trees"?Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Secara hurufiah terjemahan bagi a forest of growing trees ialah hutan yang ditumbuhi pokok-pokok. Walau bagaimanapun sila berikan ayat sebelum atau selepas frasa tersebut untuk mendapat terjemahan yang tepat.Lain-lain19.08.2010
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
Bolehkah kawasan sejuk dan dingin dianggap gurun? Ini demikian kerana, saya lihat di wikipedia menyatakan bahawa antartika merupakan gurun terbesar di dunia sedangkan apabila saya lihat di kamus gurun merujuk kepada kawasan yang kering dan panas.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, gurun ialah kawasan yang luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Puan digalakkan menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan penggunaan perkataan yang betul.Makna16.09.2013
Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu.soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. e) yang manakah betul selain daripada pemimpin negara atau selain pemimpin Negara. f) Perbezaan pada dan terhadap terima kasih kerana menjawab soalan saya.

      a) Kawasan padang itu ditumbuhi lalang.

b) Empangan itu mampu menyalirkan kawasan pertanian yang lebih luas.

c) Syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalus sebelum diterima oleh semua pihak. (Kata kerja dieja rapat)
 
d) Pengetua akan menyiasat kejadian menconteng tandas di sekolah itu.

e) Frasa yang betul ialah "Selain pemimpin negara..."

f) Perbezaan pada dan terhadap 
Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh ; Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Contoh : Pada minggu depan...

Tatabahasa24.03.2013

Kembali ke atas