Salam, bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kata sendi nama yang sesuai selepas perkataan 'ditunda'? 1) ditunda kepada bulan Ogos (bulan Ogos dikira kata nama atau waktu/masa?) 2) ditunda dari hari Isnin ke hari Khamis (menyatakan jangka masa) 3) ditunda pada minggu hadapan terima kasih. | Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Ayat yang betul ialah (1)…ditunda ke bulan Ogos; (2) ditunda dari hari Isnin ke hari Khamis; (3) ditunda ke minggu hadapan. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
1.Majlis itu ditunda ke tarikh yang baru. 2.Majlis itu ditunda kepada tarikh yang baru. 3.Majlis itu ditunda pada tarikh yang baru. Ayat manakah yang betul. | Ayat yang betul: Majlis itu ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atau Majlis itu ditunda pada 25 November 2016. | Lain-lain | 26.10.2016 |
Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas. | 1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan. 2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
Salam sejahtera tuan. 1. Puan Rosmah yakin benar bahawa anaknya tidak bersalah. Adakah ayat ini betul? 2 a) Perjalanan bas ke Kuala Lumpur sudah ( ditunda / tertunda) selama sejam kerana terdapat masalah teknikal. 2 b) Perlawanan hoki itu (tertunda / ditunda ) lagi akibat hujan lebat. 3. Yang berikut ialah senarai nama murid atau Berikut ialah senarai nama murid betul? 4. Setelah tiga jam, barulah dia menyedari bahawa begnya hilang di stesen bas. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Puan Rosmah yakin bahawa anaknya tidak bersalah – perkataan yakin sudah membawa maksud betul-betul percaya. 2. Dalam ayat nombor 2 (a) dan 2 (b), kedua-dua perkataan betul. 3. Yang berikut ialah senarai nama murid. 4. Ayat nombor 4, betul. | Tatabahasa | 05.09.2021 |
Selamat petang, Adakah ayat pertandingan bola sepak itu akan ditunda pada minggu hadapan betul? Bagaimana jika ayat tersebut digantikan dgn penggunaan kata sendi ke, kepada ? Berdasarkan kamus pd m/s 1737, (kamus dewan edisi ke-4), saya kurang jelas dgn ayat ini ( lihat perkataan menunda) mulanya sukan itu hendak diadakan pada bulan Ogos, kemudian ditunda kepada bulan Disember; Mengapa kata sendi kepada digunakan dlm ayat ini? Tidakkah ia bukan gramatis?TQ | kata sendi nama ke hanya digunakan untuk menyatakan arah dan tempat manakala pada digunakan untuk masa.oleh itu penggunaan sendi nama pada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat.Untuk keterangan lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 252-271. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | Lain-lain | 29.10.2009 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "car pound" iaitu tempat penyimpanan kereta yang ditunda? | Tidak ada padanan car pound dalam sumber rujukan kami. Car pound boleh diterjemahkan kepada tempat simpan kereta tunda. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2016 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
Salam sejahtera tuan, saya ada pertanyaan tentang kata sendi nama. 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. Adakah hingga betul? Ataupun kata sendi nama ke lebih sesuai untuk ayat ini? 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. Adakah ke betul? 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi menjaga keamanan negara. Adakah demi/untuk sesuai bagi ayat ini? Terima kasih. | 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi/untuk menjaga keamanan negara. | Tatabahasa | 06.03.2021 |
Pilih ayat yang betul. A. Guru-guru sedang berbincang mengenai disiplin murid-murid. B. Pak Salleh memanggang ayam itu di atas bara api. C. Tarikh perkhemahan itu telah ditunda ke minggu hadapan. | Ayat yang betul ialah ayat "Guru-guru sedang berbincang mengenai disiplin murid-murid".
| Tatabahasa | 18.03.2014 |