| Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Adakah selaras pistol betul? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=senapang+&d=175768& (terdapat jawaban yang berbeza daripada penerangan di https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laras&d=175768&) 2) Adakah 'ia' boleh digunakan untuk perkara atau benda yang dibicarakan? ataupun 'ia' berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga yang sama dengan maksud 'dia'? 3) Barang kata ibu bapanya dituruti saja oleh pemuda itu. Adakah barang kata ditukarkan kepada sebarang kata dan saja dibetulkan kepada sahaja? 4) Adakah alat-alat tulis kata ganda bagi alat tulis? http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulis&d=10 (terdapat 2 jawaban yang berbeza di laman ini) Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan untuk pistol ialah sepucuk. 2. Menurut Tatabahasa Dewan, "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. 3. Kata “barang” dalam ayat tersebut merujuk kepada “apa sahaja yang dikatakan”. “Apa saja yang dikatakan ibu bapanya dituruti sahaja oleh pemuda itu”. Kata “sebarang” juga membawa maksud yang sama. (Kamus Dewan Perdana) 4. Alat-alat tulis ialah kata ganda bagi alat tulis.
| Lain-lain | 13.09.2022 |
| Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Adakah selaras pistol betul? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=senapang+&d=175768& (terdapat jawaban yang berbeza daripada penerangan di https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laras&d=175768&) 2) Adakah 'ia' boleh digunakan untuk perkara atau benda yang dibicarakan? ataupun 'ia' berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga yang sama dengan maksud 'dia'? 3) Barang kata ibu bapanya dituruti saja oleh pemuda itu. Adakah barang kata ditukarkan kepada sebarang kata dan saja dibetulkan kepada sahaja? 4) Adakah alat-alat tulis kata ganda bagi alat tulis? http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulis&d=10 (terdapat 2 jawaban yang berbeza di laman ini) Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan untuk pistol ialah pucuk, sepucuk pistol. 2. Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. 3. Kata “barang” dalam ayat tersebut merujuk kepada “apa sahaja yang dikatakan”. “Apa saja yang dikatakan ibu bapanya dituruti sahaja oleh pemuda itu”. Kata “sebarang” juga membawa maksud yang sama. (Kamus Dewan Perdana) 4. Alat-alat tulis ialah kata ganda bagi alat tulis. Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB terdahulu yang sama sebagai panduan. | Lain-lain | 20.09.2022 |
| SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIH | Métodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum. | Makna | 15.08.2007 |
| 1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih! | 1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa; 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan) | Tatabahasa | 13.04.2010 |