Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditutup

Peribahasa

Kain panjang empat,
     ditarik ke atas ke bawah tak sampai.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih..Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat.Tatabahasa03.04.2010
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3.Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain19.07.2010
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
adakah laman arkib soalan sudah ditutup?Untuk makluman saudara medan arkib sedang dikemas kini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna bahasa Melayu.Lain-lain21.09.2011
apakah maksud 'daun pintu'?Bahagian pintu yang dibuka dan ditutup.Tatabahasa02.11.2009
Jane Gherardini MON 23:59 Salam. Saya ingin tanya berkenaan dengan permohonan bagi jawatan pegawai perancang bahasa s41 yang telah ditutup pada 13hb dis lepas. Saya telah hantar permohonan lengkap secara manual. Bila dan macam mana cara saya boleh semak status permohonan tersebut? Laman web dbp tidak ada membuat sebarang pengumuman. Ada sebarang nombor telefon atau emelCalon yang berjaya akan dihubungi oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia, DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain09.01.2017
Selamat malam, saya ingin membaca penerangan yang tuan beri kepada individu lain.Bagaimanakah caranya saya boleh membaca soalan individu dan jawapan tuan? terima kasih.Untuk sementara waktu medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam bagi tujuan pengemaskinian. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada pengguna.Lain-lain03.08.2011
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan?Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini.Lain-lain16.08.2011
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
Kata Pemeri "adalah" tidak boleh berada diawalan sesuatu frasa, adakah ini betul? Kata Hubung seperti "dengan" boleh berada diawalan sesuatu frasa, adakah ini betul? Bagaimana pula kata "segala"?1. Kata pemeri " adalah" tidak boleh berada/hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja, contohnya " Adalah diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok" .  (2) Kata hubung " dengan" boleh berada /hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja, contohnya "Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok". (3) kata "segala" ialah kata bilangan tak tentu dan boleh digunakan di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Tatabahasa13.03.2019
123

Kembali ke atas