Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diuar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah perkataan 'diwara-warakan' digunakan untuk menggantikan perkataan 'diuar-uarkan' ? saya rujuk kamus tidak ada, tetapi seorang guru cemerlang pernah memberitahu bahawa diuar-uarkan tidak boleh digunakan lagi.Kata wara-wara tidak menggantikan uar-uar, kedua-duanya mebawa maksud pengumuman dan boleh digunakan.Tatabahasa18.03.2008
Ejaan perkataan yang sebenarnya patut diguna bagi ayat berikut: 'Maklumat tersebut boleh di war-warkan/diuar-uarkan/wara?(perkataan ini dijumpai dalam Kamus Dewan Edisis Keempat). Terima kasih.Yang betul diuar-uarkan.Ejaan13.12.2007
mana satu perkataan yang betul digunakan iaitu diuar-uarkan atau diwar-warkan. Cth ayat: Jabatan Penerangan memohon kerjasama RTM untuk ................ Pusat Maklumat Rakyat. saya dah cari melalui carian kata kategoro kamus tapi tidak ada. Harap dibantu. Sekian, terima kasih.Perkataan yang digunakan ialah diuar-uarkan atau menguar-uarkan.Tatabahasa22.09.2008
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut:  "Polisi Perakaunan yang dicadangkan  oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."  Dalam konteks ayat puan,  penggunaan kata diuar-uar  dan wara  kurang tepat.  Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.  Tambahan pula,  polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras  bahasa undang-undang. 

 

Tatabahasa24.04.2009
boleh ke perkataan diwara-warakan digunakan untuk menggantikan kata diuar-uarkan? yg mana satu lebih tepat? atau kedua-duanya boleh digunakan?

Perkataan wara-wara sama makna dengan uar-uar, iaitu pengumuman. 

Tatabahasa26.08.2010
Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Ada jawapan (seperti mutiara kata ialah simpulan bahasa) dapat meningkatkan keyakinan saya menggunakan bahasa dan memberikan panduan kepada pelajar. Soalan: “Perkara itu sudah diuar-uarkan melalui akhbar dalam talian.” Benarkah kata kita boleh “menguar-uarkan” sesuatu melalui akhbar?Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata "menguar-uarkan" ; meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi. Oleh yang demikian, kata  menguar-nguarkan boleh digunakan untuk tujuan penghebahan atau pemberitahuan dalam media massa.Tatabahasa05.03.2009
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang biasiswa DBP. masih boleh membuat permohonan ke ?Pemakluman tentang Biasiswa Tun Syed Nasir diuar-uarkan dalam akhbar utama berbahasa Melayu dan dalam laman web kami. Sila rujuk pemakluman yang telah dibuat atau tuan boleh juga bertanya kepada Akademi DBP di talian 03-21479000.Lain-lain21.10.2015
Salam Tuan Harap tuan dapat beri penjelasan tentang kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah. 1)Kempen memperkasakan bahasa Melayu sering diuar-uarkan dalam usaha meningkatkan martabatnya dalam kalangan masyarakat. 2)Mesyuarat guru besar-guru besar sedang dilangsung di bilik mesyuarat. 3)Haris memperkuat suaranya untuk memanggil rakannya di luar kelas. 4)Mereka pun tidak tahu bahawa Har Lim lagi hebat membaiki komputer berbanding dengan Suresh. Terima kasih. Hj Izani b. Hj. Daud.

1) Tiada kesalahan.

2) Yang betul ialah "... guru-guru besar ..." bukan guru besar-guru besar.

3) Yang betul ialah "... menguatkan suaranya ..." bukan memperkuat suaranya.

4) Yang betul ialah "... lebih hebat ..." bukan lagi hebat.

Tatabahasa21.09.2011
assalammualaikum admin..saya ingin bertanya...masih adakah tawaran biasiswa untuk kos kesusateraan melayu kpd pelajaran ijazah tahun ini?..Pemakluman tentang Biasiswa Tun Syed Nasir akan diuar-uarkan dalam akhbar utama berbahasa Melayu dan dalam laman web kami. Butiran terperinci biasiswa juga akan disiarkan dalam pemakluman tersebut. Sila layari laman web kami dari semas ke semasa atau tuan boleh juga bertanya kepada Akademi DBP di talian 03-21479000.Lain-lain25.08.2015
Saya berminat untuk mengikuti bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh pihak DBP terutamanya yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Terima kasih.Untuk makluman saudara, bengkel atau seminar anjuran DBP lazimnya diuar-uarkan dalam laman sesawang kami, sila layari laman tersebut dari semasa ke semasa.Tatabahasa05.08.2010
123

Kembali ke atas