perkataan 'diubah suai' atau 'diubahsuai' terima kasih | Ejaan yang betul ialah diubah suai. | Ejaan | 10.02.2009 |
Yang manakah ayat yang betul? 1.(a)Baju itu diubah untuk dijadikan baju pengantin. (b)Baju itu diubah untuk menjadikan baju pengantin. 2.(a) Baju itu dicuci untuk dipakai semula (b) Baju itu dicuci untuk memakai semula | Kesemua ayat teersebut tidak salah dari segi bahasa. Walau bagaimana pun ayat yang terbaik ialah Ayat 1(a) dan 2(a) | Makna | 30.10.2017 |
Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah membuat satu kesalahan dalam laman sosial Facebook anda. Anda mengatakan bahawa bentuk "diubahsuai" adalah betul dan bentuk "diubah suai" salah. Sepatutnya bentuk yang dieja terpisah, iaitu "diubah suai" betul kerana kata majmuk yang menerima imbuhan yang terdiri daripada awalan sahaja masih dieja terpisah. Dalam perihal ini, kata majmuk "ubah suai" menerima awalan pasif di-, jadi sepatutnya dieja terpisah, iaitu "diubah suai". Tolong betulkan kesalahan ini. Terima kasih DBP! | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan, hal ini akan dipanjangkan kepada pentadbir Facebook berkenaan. | Lain-lain | 18.08.2014 |
Disebabkan saya pertama kali membuat permohonan, saya tidak isi untuk Nama syarikat. Tetapi selepas lulus pengesahan, Nama syarikat atas nama individual. Bolehkah sijil diubah kepada Nama syarikat Yin Cheong Air-Cond & Refrigerator Services? Sekali terima kasih. | Nama yang tertera pada sijil tidak boleh diubah. Sila daftar baharu dan buat permohonan semula. | Lain-lain | 03.04.2017 |
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara? | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih. | Lain-lain | 22.08.2020 |
Mengapakah 'peningkatan harga' tidak boleh diubah menjadi 'meningkatkan harga' apabila menjadi kata kerja? | Meningkatkan harga ialah bentuk kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 05.03.2015 |
adakah perkataan spesial atau perkataan yang diubah suai guna daripada perkataan inggeris 'special' didalan kamus bahasa melayu? | Spesial (daripada kata special-bahasa Inggeris) seperti yg terdapat dalam kamus Dewan adalah bahasa percakapan seharian yg membawa makna istimewa, khas dan khusus. | Makna | 24.12.2006 |
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"? | Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu: menjana منجان kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari. 2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan. 3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul. menjanakan منجاناكن kt [psf: dijanakan, janakan] menjana; | Lain-lain | 10.06.2021 |
Adakah herba bernama rosemary dikekalkan ejaannya atau diubah kepada 'rosmari' apabila menulis? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah rosemary. | Lain-lain | 03.10.2018 |
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |