| perkataan 'diubah suai' atau 'diubahsuai' terima kasih | Ejaan yang betul ialah diubah suai. | Ejaan | 10.02.2009 |
| Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah membuat satu kesalahan dalam laman sosial Facebook anda. Anda mengatakan bahawa bentuk "diubahsuai" adalah betul dan bentuk "diubah suai" salah. Sepatutnya bentuk yang dieja terpisah, iaitu "diubah suai" betul kerana kata majmuk yang menerima imbuhan yang terdiri daripada awalan sahaja masih dieja terpisah. Dalam perihal ini, kata majmuk "ubah suai" menerima awalan pasif di-, jadi sepatutnya dieja terpisah, iaitu "diubah suai". Tolong betulkan kesalahan ini. Terima kasih DBP! | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan, hal ini akan dipanjangkan kepada pentadbir Facebook berkenaan. | Lain-lain | 18.08.2014 |
| Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih | Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 11.12.2011 |
| adakah perkataan spesial atau perkataan yang diubah suai guna daripada perkataan inggeris 'special' didalan kamus bahasa melayu? | Spesial (daripada kata special-bahasa Inggeris) seperti yg terdapat dalam kamus Dewan adalah bahasa percakapan seharian yg membawa makna istimewa, khas dan khusus. | Makna | 24.12.2006 |
| Apakah bentuk penulisan yang betul bagi sumber? (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada...) | Teks penghargaan hendaklah dimulai dengan perkataan “Ihsan”, “Sumber” atau “Diterbitkan dengan izin”. Sekiranya pemilik asal bahan memberikan syarat dalam penulisan penghargaan, penghargaan tersebut hendaklah dicetak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemilik asal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 281 dan hlm. 373. | Lain-lain | 13.05.2025 |
| modified starch, spice extract, seaweed, kaffir lime, vegetable powder, Japanese rice cracker | kanji diubah suai, pati rempah, rumpai laut, limau purut, serbuk sayur, biskut beras | Istilah | 12.12.2008 |
| Saya keliru penggunaan ejaan jawi dbp semasa kerana ianya mempunyai perubahan dengan ejaan jawi lama, adakah ejaan jawi dbp ini diubah suai dari ejaanjawi lama atau ianyamempunyai kaedah tertentu bagi ejaan jawi untuk digunakan pada masa kini sebagai contoh dalam pengajaran . | Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini. | Lain-lain | 19.11.2008 |
| Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih. | Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan. | Makna | 23.02.2008 |
| 'buku yang bosan', bolehkah 'bosan' digunakan sbg kata adjektif yg bermaksud 'kurang menarik minat'? | Perkataan bosan tidak gramatis dalam konteks ayat tersebut. Jika perkataan bosan ingin digunakan dalam ayat tersebut, perlu diubah suai menjadi "Kandungan buku ini sangat membosankan". | Tatabahasa | 26.07.2013 |
| apakah istilah yang betul, TULISAN JAWI atau BAHASA JAWI? ada terdapat dikalangan masyarakat berkata saya mencari buku bahasa jawi. walau bagaimana pun buku yang dicari itu sebenarnya buku tulisan jawi. | Tulisan Jawi ialah sistem tulisan yang berasaskan abjad Arab, tetapi telah diubah suai dengan sistem bahasa Melayu. Istilah "Bahasa Jawi" kadang-kadang digunakan untuk merujuk bahasa Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi lazimnya bentuk bahasa Melayu klasik yang digunakan dalam teks-teks lama bertulisan Jawi. Walau bagaimanapun, dalam konteks yang tuan nyatakan penggunaan yang paling tepat ialah tulisan Jawi. | Lain-lain | 24.09.2025 |