Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, bagaimanakah 'photo booth' diujarkan dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Salam sejahtera, Photo booth dicadangkan diterjemakan dalam bahasa Melayu sebagai Kios Foto. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.07.2015 |
Assalamualaikum pihak DBP. Saya ada satu kemusykilan yang hendak diujarkan. Adakah kata akar dalam bahasa Melayu masih lagi produktif pada masa kini? Terima Kasih. | Kata akar atau dalam Tatabahasa Dewan disebut kata tunggal merupakan bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Tidak ada maklumat rinci dalam pangkalan data kami tentang kata tunggal. Jumlah kata dalam Kamus Dewan memasukkan kata tunggal, kata majmuk dan kata terbitan. Oleh itu, pelajar yang berminat bolehlah membuat kerja rumah dan meneliti kamus dan kertas kerja yang berkaitan (jika ada). | Tatabahasa | 15.07.2018 |
maksud: peranan konteks dalam menentukan makna (semantik) serta contoh ayat. | Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Contoh: 1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian) 2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan) 3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan). | Tatabahasa | 18.08.2008 |
Huraian tentang perkataan Akronim tulen | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 14.05.2009 |
Salam, Saya ingin menanya tanda baca. Bagaimanakah kita dapat menggunakan tanda petik dengan betul? Untuk menyatakan dialog, adakah setiap dialog diakhiri dengan tanda titik lalu dengan tanda petik tutup? Kerana ayat yang diujarkan sudahpun merupakan ayat yang lengkap. Misalnya (a) "Saya tak lapar." Kata Abu. Saya banyak jumpa keadaan seperti ini: (b) "Saya tak lapar,"kata Abu. Dalam ayat (b) "kata Abu" dan "saya tak lapar" digabungkan sebagai satu ayat, dan barangkali "saya tak lapar" dianggap objek dalam ayat ini. Terima kasih. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tak lapar," kata Abu. | Ejaan | 08.05.2012 |
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. | Makna | 22.01.2008 |
Soalan di lampiran | Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia). Pembentukan akronim YAPEIM dibuat dengan mencantumkan suku kata pertama bagi perkataan pertama dengan huruf awal perkataan-perkataan yang berikutnya, dengan penyeragaman penggunaan keseluruhan huruf besar bagi nama khas. Oleh yang demikian pembentukan akronim YAPEIM betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 105 - 106. | Tatabahasa | 20.11.2024 |
adakah untuk akronim memerlukan titik, contoh U.K.M, K.T.M.B., Alaihis salam A.S. dan R.A. | Akronim bermaksud kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah UKM, KTMB, a.s. dan r.a. . | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Penggunaan ucaptama , ucap utama atau ucapan utama. Manakah yang betul untuk digunakan? | Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Ejaan | 03.02.2020 |
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. | Tatabahasa | 04.04.2010 |