Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang? | Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
askm Soalan 1)Pak Latip sering diundang untuk_________gesekan biolanya dalam majlis keramaian yang besar-besar. a)mendengari b)mendengarkan c)memperdengar d)memperdengarkan soalan 2)Pak Amit akan ______anak sulungnya dengan seorang pegawai tentera. a)mempersuamikan b)mempersuami c)bersuamikan d)bersuami tolong berikan jawapan yang betul beserta alasannya tarima kasih | 1. Memperdengarkan. 2. mempersuamikan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
apakah panggilan hormat yg sesuai untuk tetamu kehormat yang diundang untuk merasmikan sesuatu program di sekolah? Perasmi ini seorang perempuan, ibu kepadamurid di sekolah dan merupakan seorang pensyarah di sebuah ipts. Beliau hanya org biasa yg tidak memiliki sebarang gelaran dan buka isteri kpd org2 kenamaan. terima kasih | Panggilan hormatnya ialah Yang Berbahagia. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Mkhairi Hassan MON 10:17 Mkhairi Hassan Mkhairi assalamualaikum.. ingin bertanya... Pengarah Penerbit UTM diundang ke majlis Titah Diraja...Jika diwakilkan kepada Pegawainya .. bole ke? saya cuba hubungi no yang ada di dalam kad undangan... tetapi smua tidak berjawab... terima kasih | Sila hubungi urus setia melalui talian 03-2147 9126/9127/9128. | Lain-lain | 03.10.2016 |
Tuan / Puan, Iklan bagi penggunaan bahasa Melayu Malaysia di luar negara di Australia telah dilampirkan : http://www.kangchuentat.net/rowvillelibrarychinese.doc. Pelawat diundang untuk melawatnya. Sekian, terima kasih. Web : http://kangchuentat.freewebspace.com. SMS : 0405421706; E-mail / E-mel : chuentat@hotmail.com; Address / Alamat : PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia. Sender / Pengirim : Kang Chuen Tat- 江俊达. | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 02.07.2012 |
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan untuk siapakah yang perlu didahulukan? tetamu jemputan atau ketua di organisasi tersebut? | Dalam situasi biasa, alu-aluan akan mendahulukan tetamu jemputan yang diundang khas sebagai tetamu kenamaan. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
adakah perkataan 'tetamu' merupakan kata ganda bagi 'tamu'? jika benar, adakah frasa 'semua tetamu', 'para tetamu' dan 'tetamu-tetamu' salah dari segi tatabahasa? harap berikan penjelasan. terima kasih. | Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu. | Makna | 23.11.2007 |
apakah perbezaan tamu dan tetamu? adakah perlu penggunaan perkata Para untuk tetamu? para tetamu batul atau salah? | Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu. Merujuk makna dalam kamus tidak ada penanda tunggal atau jamak bagi perkataan perkataan tamu dan tetamu. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat, maka tidak salah jika perkataan para tetamu digunakan selagi tidak membawa maksud berlebih-lebihan seperti ramai para tetamu, cukup sekadar ramai tetamu atau para tetamu. | Tatabahasa | 08.04.2014 |
bolehkah tuan bezakan kegunaan perkataan tamu dan tetamu. adakah tamu menuinjukkan kepada seorang dan tetamu menunjukkan kepada ramai orang? terima kasih. | Tamu dan tetamu membawa bermaksud yang sama, iaitu orang yg datang berkunjung atau yang diundang untuk menghadiri sesuatu jamuan dan lain-lain. Ia tidak khusus kepada jumlah orang.
| Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2015 |
Salam, saya ingin bertanyakan asal perkataan 'tetamu'. Adakah 'tamu-tamu' atau tetamu itu sendiri merupakan 1 perkataan? Jika bergitu, adakah salah jika saya gunakan 'tetamu-tetamu' dan 'para tetamu'? Sekian, terima kasih. | Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu. | Tatabahasa | 02.07.2013 |