| Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video" | Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1. Video iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamÂkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangÂkan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain. Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. | Istilah | 17.02.2018 |