BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN E PEPET DAN E TALING DALAM TULISAN JAWI | Dalam tulisan Jawi, e pepet pada awal kata diwakili huruf ا seperti ejaan امق dan pada pertengahan kata tidak diwakili huruf seperti ejaan بله . Huruf e taling pula pada awal kata diwakili huruf اي seperti ejaan ايلق dan pada pertengahan kata diwakili huruf ي seperti ejaan ميره . | Ejaan | 17.04.2013 |
Adakah ejaan "K" dalam tulisan jawi seperti ini? "kaf-ya-ha" Bagaimanakah caranya menulis P.J.K dalam tulisan jawi? | Terdapat dua cara mengeja huruf, pertama satu huruf Rumi diwakili satu huruf Jawi atau huruf Rumi dieja mengikut bunyi dalam ejaan Jawi. Contohnya: P.J.K. - .ف.ج.ك atau .في.جي.كي Perlu diingat huruf Pa dalam ejaan Jawi mempunyai tiga titik. | Ejaan | 28.08.2012 |
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIH | Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300. | Ejaan | 24.08.2012 |
nak tanya, sesuai atau tidak jika saya mengunakan perkataan korporat untuk penamaan unit/bahagian..contoh: Bahagain Korporat Institusi swasta? untuk menggambarkan pengurusan untuk IPTS | Korporat ialah hal ehwal yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan yang diwakili, contoh yang biasa digunakan ialah Bahagian Komunikasi Korporat. | Tatabahasa | 27.04.2017 |
Kenapa ejaan perkataan "مندي" tiada huruf vokal 'alif' pada suku kata pertama? | Suku kata pertama bagi perkataan مندي (mandi) terdiri daripada suku kata tertutup yang menunjukkan bunyi bagi huruf a, vokalnya tidak diwakili huruf dalam ejaan jawi. Oleh yang demikian, tidak perlu huruf alif, sebaliknya hendaklah dieja dengan menggunakan huruf-huruf konsonan yang berkenaan. | Ejaan | 14.04.2020 |
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran untuk soalan. Harap Tuan/Puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. (a) dan (b) Ganti nama diri bukan manusia boleh diwakili oleh ia. Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar, DBP., hlm. 91. 2. Boleh. 3. (a) Boleh guna dan atau lalu. (b) lalu. 4. betul. 5. (a) adalah ayam adalah kucing salah. Yang betul: ialah ayam/ialah kucing. (b) akan tetapi/ tetapi , kedua-duanya boleh digunakan. 6. Tiada beza. Jika dan Jikalau kedua-duanya bermaerti sekiranya. | Tatabahasa | 03.06.2011 |
Saya ingin tahu perbezaan definasi perkataan persidangan, konvensyen dan seminar. Adakah perkataan ini digunakan berdasar jumlah saiz penyertaan ? Sekian, terima kasih. | Encik Rosli terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Konvensyen - Perjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. (SEJ) persidangan - ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); séminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan | Makna | 18.11.2009 |
apakah maksud e taling dan e pepet. | Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 26.06.2018 |
Terima kasih kerana menjawab soalan terdahulu. Namun saya perlukan penjelasan lagi. Saya diberitahu dalam buku rujukan tatabahasa, sekiranya sesuatu itu menunjukkan sumber atau mewakili institusi manusia seperti sekolah,pejabat dan sebagainya kita harus menggunakan kata sendi daripada. Alam Flora menunjukkan bukan tempat tetapi institusi manusia yang diwakili. Sila jelaskan. | Saudara Robert, Apabila merujuk institusi kata sendi nama daripada digunakan. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah pegawai daripada Alam Flora. | Tatabahasa | 20.02.2010 |
1.Bagaimanakah caranya untuk mengenali 'e' taling dan 'e' pepet dalam satu perkataan. 2.Apakah sebutan untuk perkataan PANEL. terima kasih | 1. Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 2. panel (e pepet) | Ejaan | 08.02.2011 |