Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dlm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 1. Kenapa terjemahan dan padanan kata dlm kebanyakan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan Google Translate dilihat tidak secekap dlm Kamus Online DBP - PRPM yg ada dlm terbitan DBP? Seolah-olah bahasa atau kosa kata dlm kamus Online DBP dilihat hanya hebat dan gah dlm kamus online itu semata-mata, bukan dlm semua terbitan kamus Inggeris-Melayu, bukan pula dlm Google Translate, malah bukan juga melalui penggunaannya dlm pertuturan sehari-hari. 2. Apakah peranan DBP dlm menyediakan maklumat, kemudahan, cadangan dan pembinaan bahasa Melayu dlm kemudahan "Google Translate"? dan kenapa terjemahannya juga banyak kekurangan dan kelihatan tiada kecekapan dan kekreatifan dlm istilah-istilah yg sedia ada dlm Melayu? tidak seperti bahasa Indonesia atau Melayu Riau yg kaya dgn kosa kata dan istilah. 3. Kenapa padanan kata "hello" dan "hi" dlm bahasa Inggeris hanya dipadankan dgn kata "helo" dan "hai"? sedangkan dlm masyarakat kita byk lagi kata yg dpt digunakan utk memadankan perkataan-perkataan itu spt "salam"; "selamat sejahtera"; "salam sejahtera"; "apa khabar"; "sejahtera" (singkatan drpd selamat sejahtera atau salam sejahtera); "jahtera" (singkatan drpd sejahtera, salam sejahtera atau selamat sejahtera); tabik (dlm masyarakat Nusantara); amboi (dlm peluasan makna kata selain makna lazim spt kata utk menzahirkan rasa kagum, hairan, kasihan atau utk mengusik, dsb.). Sekian, terima kasih!1. Terjemahan dan padanan kata dalam kamus bahasa Inggeris-Melayu (bukan terbitan DBP) dan Google Translate adalah terjemahan langsung berbeza dengan kamus dalam talian dalam PRPM yang kebanyakan kata dan istilahnya digubal bersama-sama pakar bahasa dan pakar bidang. Pemilihan padanan tersebut berbeza kerana penggunaan masyarakat dan pengguna bahasa mempunyai tingkat pengetahuan, sikap terhadap bahasa dan sumber rujukan bahasa yang berbeza.

2. DBP tidak mempunyai jalinan perkongsian data dengan Google Translate. Masih kurang penyumbang data dalam bahasa Melayu kepada Google Translate. Korpus penggunaan bahasa Melayu juga tidak seprolifik dan sekreatif penyumbang korpus bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain di dunia. Keluarga Malaysia, khususnya orang Melayu perlu lebih banyak menulis dan menggunakan kata dan istilah dalam bahasa Melayu yang telah digubal.

3. Padanan kata hello dan hi dalam bahasa Inggeris hanya dipadankan dengan kata "helo" dan "hai" merupakan terjemahan langsung. Padanan ini boleh digantikan dengan perkataan lain seperti salam, selamat sejahtera, apa khabar dan sebagainya, mengikut kesesuaian konteks dan wacana yang ingin disampaikan kepada pembaca sasaran. Hal ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kepekaan  penterjemah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pembaca karya terjemahannya. Ada kalanya teks yang diterjemah tidak sesuai dengan kata padanan yang lazim digunakan dalam budaya masyarakat sasaran, maka terjemahan langsung lebih disarankan penggunaannya.
Lain-lain02.08.2022
DlmSila kemukan pertanyaan anda.Lain-lain14.05.2014
Dlm minit mesyuarat kehadiran perlu letak bilangan atau tidakperlu letakkan bilangan.Lain-lain31.07.2011
Perkataan kenen dlm ayat berikut terdpt dlm kamus atau tidak? "Kak Ani suka betul kenenkan dia dengan bos besar itu."Perkataan kenen ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

(kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengena­kan atau menyindir orang lain.
Istilah09.05.2014
intrusion utk makna di atas, mohon pencerahan kerana: dlm MABBIM - istilah Malaysia = penerobosan dlm istilah Malaysia (Kejuruteraan) = perejahan Soalan sy: 1. Kenapa penerobosan tiada dlm istilah Msia tetapi ada di dalam MABBIM - Malaysia? 2. Dari segi keutamaan, istilah Malaysia kemudian MABBIM? 3. Bagaimana kalau penerobosan dirasakan lebih tepat? Contoh ayat: A kick is an intrusion of unwanted fluids into the wellbore such that the effective hydrostatic pressure of the wellbore fluid is exceeded by the formation pressure.Saya akan ajukan soalan ini kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dihantar melalui e-mel.Lain-lain09.06.2014
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
apakah yang dimaksudkan dengan aliterasiMaknanya ialah pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkanmerendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;Tatabahasa23.08.2007
salam .sy ingin mencari makna perkataan . Antaranya power boat dan fly board . setelah dicari dlm carian kata , makna telah diperolehan . tapi sy ingin mendapatkna kepastian adakah betul flyboard dlm bahasa melayu boleh disebut sebagai papan terima seperti yg diberikan dlm carian kata yang sy perolehi . terima kasihKami cadangkan flyboard (dalam bidang sukan) diterjemahkan kepada papan luncur air dan powerboat diterjemahkan kepada bot kuasa.Istilah31.03.2014
Adakah dlm PRPM terdapat contoh karangan untuk pelajar SPMTidak ada contoh karangan untuk pelajar SPM dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku rujukan yang banyak terjual di pasaran.Lain-lain07.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas